Blog Archive

20110416

Happy birthday tiger.


happy birthday MARCUS YONG. eh ndak mau cakap dalam english lah. nanti kau cakap banyak grammar mistakes lagi. semua pun kau mau kasi betul. tau lah BI mu A+. haha. okay stop stop. aku ndak mau gaduh sama kau hari ni. kan hari jadi mu. hari mu lah konon. 

selamat hari jadi. so hari ni kira lapan belas tahun lah sudah kau single ni kan konon? harap harap si M bukan nama sebenar boleh break record mu tu. maybe kau ada gf sudah ni kan tapi masih mau cover cover. macam taik ni. haha. anyway, thanks sebab jadi kawan yang annoying. thanks sebab ajar yang bukan bukan. thanks sebab selalu belanja mcD. thanks sebab selalu belanja token untuk main ddr. buat selalu ya. all the best to you in the future. God bless you.




marry you by bruno mars 
covered by Marcus Yong.



love,
fishball -,-

20110415

cerita pasal masa depan.

Tumblr_lj57krmeyu1qeynjjo1_500_large

semua sibuk cakap pasal tawaran. semua sibuk cakap pasal interview. semua sibuk cakap pasal mau pakai baju dalam warna apa apa masa interview. semua sibuk hafal nama sendiri sebab takut terlampau bergegar sampai lupa nama bila di interview nanti. pokoknya semua orang sibuk urus urusan untuk masa depan. 

aku? jangan cakap lah. tak perlu pening pening hafal nama samaran moyang najib. aku tak perlu pergi interview. petik jari kaki terus dapat biasiswa. pilih jak course apa yang di mahu. kalau bosan jadi pilot, tukar pergi doktor. kalau bosan lagi, tukar jadi engineer. biasa lah kalau budak straight 21A+. time result hari tu aku tak masuk bulletin utama tv3 sebab aku sudah kena temu bual di CNN news. bukan mau temberang lah. tapi semua ni kenyataan. *perasan mau mampus -,-




okay okay. be serious. 



ada orang tanya kalau aku dapat pergi temu duga maktab. macam mana mau dapat kalau aku langsung tak mohon semua yang berkaitan dengan cikgu? aku tak minat jadi cikgu lah beb. kenapa aku tak minat jadi cikgu tu ada banyak sebab. salah satu sebabnya tahap kesabaran aku sangat tipis. setipis bulu ketiak. just in case lah aku kena suruh handle satu kelas yang serupa macam zoo. macam macam perangai ada. sumpah aku terjun dari bangunan terus. * tersangat tabik dengan cikgu yang boleh handle situasi macam begitu.

seperti yang aku cakap dulu, aku memang tak ada cita cita. aku tak tahu apa yang aku mahu jadi. tapi apa apa pun aku masih ada otak yang sempurna. masih boleh berfungsi seperti manusia normal yang lain. aku tak akan berhenti untuk menuntut ilmu. result aku bukan lah seteruk mana. well, 21A+ tu bukan senang mau dapat. *masih lagi. HAHA :D 

buat masa ni aku ikut nasihat cikgu, senior yang sudah ada banyak pengalaman dalam hidup. especially cikgu dewi salleh, my biology teacher. thanks sebab bagi banyak nasihat & motivation. *nanti saya belanja cikgu makan nasi ayam cp rm2.80 ya. 

aku cuma berharap masa depan aku cerah supaya tak perlu guna lampu suluh lagi. as long as in the future aku ada tujuh kereta mercedez benz & rumah banglo lima belas tingkat *mengalahkan jutawan -,- sebenarnya kan aku mau buat family aku hidup senang terutama mama aku yang tersayang. *touching yaww. aku sudah janji mama mau bawa dia travel around the world guna beca ataupun basikal tiga roda. baru lah enjoy gile.

20110413

contest - 'entri paling sedih' anjuran rafie.



sedangkan binatang sayang kan anaknya.




dunia serba canggih. di ciptakan kondom untuk kau tapis bilas segala nafsu yang di tagih. tapi nafsu kau macam syaitan. lebih teruk dari syaitan. mahu jadi jahat sekali pun pakailah otak. kalau betul kau sayang dia kenapa kau buang dia selepas berbulan bulan? bukan senang untuk kau melahirkan seorang bayi. ada lagi manusia kempunan kan bayi. tapi kau anggap bayi bagai daging babi. kau salai bagai daging. putus kaki nya dari daging.



pernah kau fikir? dia ingin sekali tahu siapa mama nya. siapa papa nya. pernah kau fikir? siapa nama nya? dia pasti ingin tahu dan pasti bertanya. pernah kau fikir? jalan yang lebih baik dari membunuh nyawa. kenapa tidak kau letak dia di hadapan rumah kebajikan? kenapa tidak kau letak dia pada tempat yang boleh orang ramai selamatkan? kenapa mesti bunuh dia? andai kata bukan kemahuan kau sekali pun. andai kata kau di rogol. bukan salah dia. kau masih punya pilihan. kau masih manusia yang punya belas kasihan. kenapa mesti dia yang kau bakar? kenapa tidak kau yang membakar diri?


kau bakar seorang bayi, macam bakar seekor babi. kakinya putus terasing dari badan, rentung di jilat api. daging merah berlumuran darah, darah siapa? daging merah yang kau salai macam menu babi merah, daging siapa?


kau yang berzina. dia yang kau jadi kan terhina. kau tewas pada dunia. dia yang jadi mangsa teraniaya. kewujudan nya bukan untuk di seksa. lahir nya dia, bukan dia pinta. terbentuk nya dia, bukan sebab kemahuan dia. dia tidak pernah memaksa kau untuk mewujudkan dia. tidak sekali dia memaksa kau untuk melahirkan dia.


tidak kah kau berasa kesian dengan bayi yang tidak tahu apa apa itu? dosa jangan ditambah dengan dosa. berani buat, berani tanggung.

aku bukan budak nakal lah.



ya,  PLKN aku ditempatkan di kumpulan 3. macam hampir semua kawan aku dapat masuk kumpulan 2. aku jak t'off side. kenapa? nama aku macam budak nakal kah? perghhh -,- 

menurut surat khabar tamil, kumpulan 3 ni biasanya dianggotai oleh geng bas sekolah. err i mean geng budak nakal. aku tak tahu lah kalau betul atau tak. even kumpulan 10 wujud pun aku tak mau pergi. kenapa juga mau paksa paksa orang ni? gigit lah telinga orang yang pilih nama aku masuk PLKN ni. 

aku rela tiga hari di penjara daripada berkurung di kem hutan tebal selama tiga bulan tu. sudah lah handphone kena ambil. tak boleh sudah makan mcD. tak boleh main DDR. lepas tu kalau di sana MESTI bangun awal lepas tu kawad kaki lepas tu mandi lumpur lepas tu masuk hutan lepas tu menangis lima baldi sebab rindu keluarga lepas tu facebook jadi sarang mak bapak datuk anak cucu cicit ular sebab tak boleh online. sumpah boleh gali kubur sendiri.

jadi jadi jadi aku decided mau pergi medical check up sebab sebab sebab aku tak mau pergi PLKN tu lah. tak main rasuah okay. aku memang ada banyak penyakit yang  kronik. antaranya sesak nafas bila tak online satu hari. jadi jangan paksa aku pergi PLKN tu lagi ya? byeeeee.

20110411

mau birthday hari hari. boleh?



bestnya kalau hari hari birthday. satu hari jadi famous macam obama. semua orang wish. through facebook, blog & phone. macam 'queen of the day'. paling best satu hari tu tak kena bebel oleh mama. kena saaaaaaaayang betul. lambat bangun kah. tidur satu hari pun tak apa. mama masih tetap senyum.

kepada semua yang wish, thank you so much. you guys really really made my day happy. *thank God tiada orang wish 'HB' . sumpah badmood kalau ada orang wish macam tu. ketara sangat lah tak ikhlas. 





anak uncle chow :)


anak uncle hamzah.


anak uncle chuer.


anak uncle hadi.


anak uncle doket.


suriani.


anak uncle muhammad.


anak uncle jinandong.



thaaaaaaaaaaaaaaaaaanks guys! :')

20110410

my superbbb sweet eighteen.



hari ni aku sudah genap lapan belas tahun. LAPAN BELAS yaww. lama sudah rupanya aku bernafas di dunia ni. aku sudah telan beribu ribu kilo nasi. aku sudah minum bergelen gelen air. aku semakin menuak. *dan semakin comel gitewww :D orang kata bila sudah umur 18 kita boleh buat apa yang kita suka. aku rasa pandangan orang tu salah. buktinya, tadi mama aku cakap,

 "diane, kau sudah 18 tahun. boleh keluar sudah suka hati" *okay, di situ kita b'ngam ma :D 


"tapiiiiiiiiii mesti pulang rumah" *ada tapi jugak rupanya -_______________-


nampaknya aku masih tergolong dalam golongan bawah umur. anyway, aku tak kisah sebenarnya dengan apa yang mama aku cakap. ada kebaikan jugak. tapi aku tahu jugak di mana limit aku. aku tahu rindu rumah. aku tahu rindu katil aku. jadi mama tak peru lah risau okay? *tak jugak gatal betul sampai tak ingat mau pulang rumah -,-


okay stop pasal 'lapan belas tahun' *masih bawah umur. HARAP MAKLUM. 


tadi aku celebrate birthday aku di beach dengan family & friends aku. happy gilerrrr. alaaaaaaaaa, tengok gambar jak la ya? :D



birthday gift from azry, efah & marcus ♥


credits to mama for this picture :)


us.


mama mau rasa jadi muda balik.


ndak comel pun.


makan sayap ayam & ikan panggang together gether.


choc indulgence ♥


potong potong potong.



hambek kau. *mama suruh suap dia -,-



free style.


loves of my life.


bff poreber.


biar pendek, yang penting comel.


ndak comel.


kanak kanak riang. kurang kasih sa....


comel sikit.


bonzer.


hadiah yang paling ikhlas dari azry.




kami lagi.


peace yaww.


model tanpa gaji. 


comel banyak sikit.


tujuh bulan tak mandi.


sibuk cerita pasal masa depan.


p/s : sorry gambar tak ikut susunan dari A ke Z.


that's all. byeeeee.



20110409

hai, bertemu lagi kita.


Tumblr_linuhdbjce1qaolyio1_500_large

sudah lama rasanya aku tak blogging. kebelakangan ni aku dilanda wabak malas. hangin pun tak menentu. rupanya datang bulan awal. shito. banyak banyak benda, ni lah benda yang boleh buat darah tinggi aku naik sampai paras maksimum. sumpah sakit. so boys, jangan banyak cakap bila perempuan membebel & marah marah tak tentu pasal. puh-lease understand. okay? thanks ;)

nothing special happened these last few days. i mean the superb one. biasa biasa jak. yesss, boyfie aku di sini. tapi dia sibuk urus bini ketiga dia. em, i mean dia sibuk dengan 'college life' dia. hari hari dia ada kelas. dari pagi sampai ke petang. *kenapa nda buat sampai subuh terus? alang alang jo. -,-  sabtu & ahad jak masa free dia. itu pun belum lagi start buat assignment. kalau sudah start buat assignment, tiada chance lah sudah ni mau bermanjak. bhahaha! *okay stoooooooop!

esok hari penting. sebab sebab sebab esok birthday aku. ya esok birthday aku. birthday aku lah tu esok. aku punya birthday esok. *aku sengaja ulang supaya kamu ingat :D


20110404

5 most annoying people in cinema.



Tumblr_liqlevtcej1qe4nyno1_500_large

si suka ketawa.


aku sangat 'suka' bila ada orang yang duduk sebelah aku ketawa non-stop. aksi curang, tampar-menampar, ada orang mati dalam movie tu pun dia akan ketawa terbahak bahak sama macam keldai dalam filem shrek the movie. sejibik sangat. macam mau sumbat satu genggam pop corn masuk ke dalam mulut dia. tak salah kalau nak gelak, tapi gelak lah bila patut bai. 


si kekasih loving poreber.


indah betul bila bercinta. sampai di babak hantu datang kejar perempuan seksi, si teman lelaki memeluk si kekasih lebih erat. macam hantu tu depan dorang. si teman wanita merungut. si gagah perkasa melayan. ni bukan wayang kamu lah. tak payah nak berwayang. kalau nak berkasih sayang sangat, ambil lah couple seat hujung di belakang sana. aku pun tak peduli apa kamu mau buat. jangan bising. annoying gila merengek rengek, bermanja manja. orang lain pun ada bai. pergi panggung tengok wayang. bukan buat wayang ye.


si dia seorang ada handphone.


ni lagi satu. dunia sudah maju. semua ada handphone bai. baby yang baru belajar merangkak pun sudah ada handphone bersangkut di leher dorang. iphone lagi ya. jadi tak perlulah kau cakap di telefon 24 jam. kau nak bergayut, keluar lah. kau ingat kau seorang jak ka ada handphone? kalau dalam panggung tu, silent la handphone. kalau dengar ringtone yang kuat sangat, sila baling popcorn. gerenti diam. kalau dia cari pun, duduk diam diam. tunduk sikit. bukan dia boleh jumpa pun. 


si kuat makan.


okay, memang menjadi kegemaran makan makan makan sambil menonton. tapi tapi tapi, ingat la sikit. kau tu dalam panggung. ramai orang. makan tu beradab la sikit. bila mengunyah tu, dengar pulak apa yang dia kunyah. macam dia mau bagitau satu dunia dia tengah makan popcorn. dia jak yang mampu beli popcorn ya -,-


si pundi kencing.


salah satu wayang free dalam panggung. ni bukan tengok movie, tapi tengok kepala bergerak gerak. sangat best bila movie tu sudah sampai pada tahap klimaks & then tiba tiba orang sebelah berdiri sebab dia nak ke toilet. dan kesimpuannya kita terpaksa bagi orang tu limpas sebab takut dia terkencing dalam seluar.





20110403

what is the because aku tak mahu belajar jauh jauh?


Tumblr_l7jubryyjg1qd36oto1_400_large

first, aku belum ready untuk hidup sendiri. well, kalau belajar jauh-jauh ni of course la semua benda pun mau buat sendiri. mau upah orang gaji? sambung study pun mau buat pinjaman, ada hati lagi mau upah orang gaji. perghh. *diane,kau ingat kau anak datuk ka? -,- so, mesti pandai berdikari. masak, cuci baju, belanja, semua perlu buat sendiri. aku rasa aku belum boleh buat semua benda tu. honestly sampai sekarang mak aku yang cuci baju aku. aku bukannya tak pandai cuci baju tapi tapi tapi aku MALAS :D

second, aku takut berjauhan dengan family aku. ehem, aku anak mami okay *blerghhh, sejak bila? -,- sebenarnya mama aku sudah warning awal awal. dia cakap dia tak mahu aku belajar jauh-jauh. dia cakap sekarang ni macam macam jadi. tsunami, gempa bumi and so on. dia tak mahu aku jauh dari dia *awww. mama, why so sweet? *winkwink haha :D


third, aku takut aku tak dapat kawal nafsu. ehem ehem, i mean takut terpengaruh dengan pengaruh negatif. iman aku tak kuat macam tembok besar cina. maklum lah, bila di tempat orang lain ni kita tak tahu apa apa. nanti semua apa yang orang buat, kita pun mau buat. biasa lah budak remaja, selalu mahu mencuba sesuatu benda yang baru. aku takut TERcuba benda yang tidak sepatutnya. 


fourth, aku tak mahu jauh dari boyfie aku lagi. sumpah menderita. *eeew, gediknyewww. hahahaha :D








p/s ; yang keempat tu aku sengaja bagi  font dia kecil ;)

20110401

HELL-O dear april ;)


Tumblr_liyjoszwgs1qcdjp0o1_500_large
hai! saya baru habis mandi *perlu kah bagitau? -,-






rewind rewind.

hai people! as we all know, today is april 1st. april fool? gth.

so dear april, please please please be good to me. well, i'm turning to eighteen soon. i'm getting older bebeh! i can get married already. yihaa!! *eeew, gedik jugak kau ni diane? by the way tak best lah update blog guna english *padahal takut grammar error. haha! wey wey english aku dapat A okay :D


ahhhh, memandangkan birthday aku sudah hampir. *jangan kamu buat buat lupa ya. hantam ni. aku eksaited lah weyy. aku harap aku dapat kek lapan tingkat. eh sepuluh tingkat la. aku harap aku dapat hadiah yang besar punya. aku harap semua wish aku jadi kenyataan. tidak la SEMUA. sikit sikit pun boleh. yang penting ada. erm apa lagi ya. aku harap aku dapat jadi doktor *agak agak la bai. biologi pun tak kredit -,- aku harap parents aku sihat sihat. aku harap paha aku makin kurus. aku harap perut aku makin rata. aku harap aku makin tinggi. 1 cm pun aku bersyukur sudah. aku harap hippopotamus aku makin baik. aku harap kawan aku tak lupa aku bila dorang sudah belajar di overseas. erm, i mean semenanjung. aku harap aku harap aku harap aku harap. semua lah aku harap -,- *kenapa macam wish untuk new year ni? ==


kesimpulannya aku harap semua yang baik punye untuk bulan april ni. bye march, thanks for being good to me! ;)



20110331

mama saya jenis direct-to-the-point punya orang.


situasi pertama

patrick ; ma, cepat la hantar pergi sekolah. 

mama ; kenapa juga kau mau cepat cepat ni?

patrick ; lambat sudah ma. nanti kena demerit.

mama ; biarlah kau kena demerit. bukan juga kau pernah dapat A kalau exam.

patrick ; *speechless*


situasi kedua.

me ; ma, mama ndak bagi aku hadiah ka?

mama ; untuk apa?

me ; kan aku dapat 4A *hahaha!

mama ; supaya apa la mau bagi kau hadiah?

me ; saja jak la *panas*

mama ; sudah kan mama bagi hadiah?

me ; manada -,-

mama ; tu kau makan nasi hari hari. hadiah dari mama la tu.

me ; *speechless* -________________________-

20110329

now i'm feelin' so fly like uh G6.


Tumblr_libd365q8v1qep9aao1_500_large

hari ni ada dua benda yang buat aku happy sampai boleh terjun dari tingkat empat puluh lima menara berkembar petronas.

FIRST,

hari ni aku dijemput untuk datang ke majlis anugerah cemerlang yang akan diadakan pada 5 april di sekolah. well, kan budak pandai. *eeew, setakat 4A jak pun. aku dapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk subjek BM & PENDIDIKAN MORAL. hidung aku kembangs kempis sebabs sebabs sebabs because because because aku akan naik pentas lepas tu kan salam pengetua lepas tu kan kena gambar lepas tu kan masuk majalah sekolah lepas tu kan masuk CNN news lepas tu kan salam najib.  *meluat ka? siapa suruh baca? =p


SECOND,

hari ni bonzer aku pindah pergi kota kinabalu. selama setahun lebih terlibat dalam hubungan jarak jauh. lebih kurang 500 kilometer jaraknya,*walaupun balik balik break sebenarnya -,- akhirnya aku tak berjauhan dengan si gemuk lagi. aku harap lepas ni semuanya okay macam dulu. at least hari hari boleh jumpa. lepas ni kredit jimat sebab tak perlu call berjam-jam untuk melepas rindu *eeew, tersembur kahak. lepas ni tak perlu sudah tutup mata, buat buat buta kalau nampak couple yang pegang pegang tangan. lepas ni boleh sudah kena suap. lepas ni boleh sudah mandi sama sama. *swimming pool okay, bukan dalam tandas. erm, boleh juga lah dalam tandas. haha! lepas ni boleh sudah manjak manjak. tapi yang paling penting kami berdekat sudah. bukan senang LDR. banyak cabaran & halangan. inner & outer perlu kuat ya tuan tuan & puan puan. nasib baik masih bertahan sampai sekarang. fuhhh. 



p/s ; esok aku hantar borang semak semula result SPM aku. harap harap ada perubahan markah biologi aku. cukup la dapat kredit. 

20110327

orang tua kata.



5563708103_45c3b8e32c_z_large

orang tua kata
makan kepala ikan nanti jadi bodoh. tapi orang tua suka makan kepala ikan. hancur kepala ikan kalau makan. orang tua kata kita beli seekor. mesti makan sampai habis. telan tulang sekali. kesian ikan tu. jangan membazir. nanti menangis makanan tu. tapi tak kasi makan pulak kepala ikan? kita dididik makan nasi dan lauk sampai habis. kalau tak nasi dan lauk menangis. ok aku takut nasi menangis. yeahh, nasi ada mata ye -,- aku bukan pertikaikan kata orang tua. tapi yang aku perasan orang tua suka makan ikan sampai kepala hilang dulu? so apa yang bodoh nya? aku tak faham.



orang tua kata
jika orang sedang menyebut nama kita dan kemudian kita tiba tiba muncul. orang kata panjang umur. ok yang ini aku rasa janggal bila dipraktikkan begitu. ada ka logik? jadi, nasihat saya pada mereka yang menghadapi detik detik nazak sila minta keluarga sanak saudara rakan rakan menyebut nama anda. kemungkinan ajal kamu panjang lagi. tapi ini kata orang tua yang lebih arif tentang masa depan dari anak muda yang terlalu dihadapan.



orang tua kata
jangan meniarap kebelakang sambil kaki naik atas. biar meniarap tapi kaki ke bawah. nanti mak mati awal. so bagi yang suka berenang. jangan berenang gaya bebas. berenang gaya yang tak bebas dari meniarap. disebabkan begitu, terpaksa lah tidur dalam keadaan duduk. baru lah mak panjang umur. ish ish ish. karut -,-

20110326

bagi muka lagi luka.


Tumblr_lim1nzs5vs1qass69o1_500_large

kawan makan kawan. dahulu kita jarang dengar begitu. sebab dulu, orang makan orang. dorang tak makan kawan sendiri. tapi dorang makan orang luar.  itu baru betul kawan. walau tiada tamadun, tapi mereka faham apa itu kawan. apa itu kerjasama. untuk kebaikan mereka. walau makan orang tu dosa. *wey wey, tak sedap lah daging manusia. dengan air liur basinya. eeeeww!

bila mau cakap sesuatu, fikir dia kawan. bila tidak bercakap, perasaan kita berlawan. muka satu. jadi dua muka. mau kata bagus, aku rasa kau cakap jak bagus. tapi sebut tentang kawan semuanya baik. tapi baik berisi kah? atau baik sebab posisi?

kawan zaman sekarang menakutkan. kalah kalah wayang hantu thailand. apa kata semua jadi hantu? jadi fair & square. hati pun sama sama sakit. itupun kalau ada perasaan. tapi tapi tapi mak tak ajar begitu. biar kawan cakap belakang. biar kawan pakai topeng spiderman. biar kawan dengki. asal beras ada di rumah. pasti boleh hidup.

saya alien sebab itu lah saya tiada cita cita.


Tumblr_lil4y14z3o1qcwn4vo1_500_large

aku masih ingat masa zaman budak hingusan dulu. cikgu ada suruh isi satu borang. dalam borang tu kena suruh isi semua maklumat peribadi murid. termasuk cita cita. ada tiga tempat kosong yang perlu di isi. setiap tahun, dari darjah satu hingga darjah enam aku akan tulis benda yang sama.


  • guru
  • doktor
  • polis

sebenarnya aku tulis semua ni pun sebab jeling kawan sebelah. mau ikut apa cita cita dorang. aku rasa macam best so aku pun tulis jak la. kawan sebelah pun ikut dengan kawan dia yang di sebelah & so on. last last satu kelas pun mau jadi guru, doktor & polis. sehati sejiwa la katakan. cikgu pun senang mau key-in maklumat dalam komputer. kerja dia tinggal copy paste. 

bila dah masuk sekolah menengah, aku sudah mula berfikir pasal benda ni. maklum lah, masa tu semua jenis bulu pun sudah mula melebat macam hutan tebal. jumpa lelaki pun pandai malu malu sudah. pergi sekolah pun cermin, sikat rambut & bedak sentiasa ada dalam beg sekolah. biasa lah budak perempuan. aku mula fikir layak kah aku jadi cikgu? sedangkan adik aku sendiri pun aku pun aku tak boleh ajar. layak kah aku jadi doktor? sedangkan nampak darah setompok pun terus jadi sawan. layak kah aku jadi polis? aku bukan atlit 100 meter mau main kejar kejar dengan perompak. aku tahu aku yang akan mati dulu & macam macam lagi yang bermain di kepala hotak aku ni. 

sampai satu point aku give up dengan diri aku sendiri. bila orang tanya, 'lepas habis SPM kau mau jadi apa?' aku akan angkat bahu & gelengkan kepala aku. sebab aku sendiri tak tahu aku mau jadi apa sebenarnya in the future. 

& sekarang, aku sudah habis SPM. result SPM sudah ada di tangan aku *masih belum boleh terima kenyataan tapi malangnya aku belum dapat jawapan untuk soalan yang sudah lama bermain di fikiran aku. CITA-CITA aku. percaya atau tidak, sometimes aku tidak bercadang untuk melanjutkan pelajaran aku lagi.

apa apa pun, aku masih bersyukur sebab masih ada parents aku, cikgu cikgu , & senior senior yang bagi dorongan & nasihat untuk aku teruskan study aku. aku janji aku akan berusaha menanam balik semangat untuk aku sambung belajar even aku tak tahu apa yang aku mahu jadi sebenarnya. buat masa ni aku memohon course berpandukan keputusan aku. bila aku berjaya diterima, aku akan cuba sedaya upaya untuk minat dengan course tu. aku harap jalan yang aku pilih nanti tidak menjadi satu penyesalan & tidak menghampakan semua orang yang aku sayang especially keluarga aku. *aceceh, penuh azam jo bercakap. haha!





kepada semua budak lepasan SPM batch 2010, aku harap kita semua berjaya di masa hadapan. good luck guys! :)

20110323

saya cukup berbangga dengan keputusan saya :')



pagi tadi sumpah aku nervous gila khinzir. bermacam macam soalan yang bermain di otak aku. aku sanggup tak breakfast. aku cakap dengan tummy aku, 'sabar ya sayang, habis ambil result baru kasi kenyang kau'. tummy aku pun merajuk sebab aku biar dia kosong *okay aku merepek 

sampai jak di sekolah, aku nampak banyak sudah manusia di sekolah berkumpul untuk menunggu keputusan keluar. sumpah jantung aku 'dub dab dub dab'  dengan laju masa tu. tak tipu punye. fuhh. first time aku rasa begitu sebab time pmr aku cakap, 'gagal pun aku tak kisah' -,- kali ni memang betul betul lain daripada yang lain. entah lah mau cakap apa. ambil keputusan tadi macam mau pergi beli pin di BSN. mesti turn by turn. terpaksa lah berbaris  -,- 

then, it's my turn. cara cikgu tengok macam lain lain jak. tambah nervous! first dia bagi surat lepas, segala jenis sijil sijil *sumpah masa tu aku langsung tak peduli dengan sijil. peduli lah sana. bhee, macam sengaja lagi di kasi lambat lambat. tambah tekanan lagi -,- 

at last dia bagi aku slip keputusan aku. cikgu aku lipat slip keputusan tu sebab tak mau bagi orang lain nampak result. dia cuma cakap, 'tahniah, BM dapat A+ *sebab cikgu tu ajar aku BM & keputusan cemerlang' terus dia senyum macam ni ---> :D & aku masih lagi blur blur masa tu -,-

walaupun tak berjaya masuk bulletin utama tv3 malam ni *uiseh uiseh perasan -,- tapi aku masih berbangga. hidung aku masih lagi boleh kembang. & yang paling penting mama aku happy tengok result aku. thank God i managed to make my mum happy :')

ehem ehem. mic test 1, 2, 3 testing. dengan ini aku mengumumkan bahawa aku mendapat,












1 A+, 3 A, 2 B, 2 C, 1 D


BAHASA MELAYU - A+
BAHASA INGGERIS-  A
PENDIDIKAN MORAL -  A
SEJARAH -  B
MATHEMATICS - A
ADDITIONAL MATHEMATICS - C
CHEMISTRY- C
BIOLOGY-  D
ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY - B









i ade bukti, i tak tipu ye.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 buat muka comel dengan baju kelas lepas ambil result :D


p/s : saya tahu keputusan saya tidak mantap. tapi tapi tapi masih bangga sebab saya tidak ambil kelas tuisyen okay. hahahaha :D

thanks to all my teachers! thanks for the congrats wish :)

20110320

tag from WSB.




1. Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu saya hampir kena siram air panas sebab saya lambat bangun

2. Dua jam yang lalu saya sibuk buat peta atas bantal.

3. Anda suka makan makan makan makan makan makan & makan

4. Minggu lepas saya sangat sibuk online

5. Tiga lagu yang boleh dengar berulang kali california king bed by rihanna, always be my baby by david cook & on the foor by jLo 

6. Tiga binatang yang anda tidak suka anak cicak, datuk cicak & moyang cicak

7. Lima fakta tentang anda. bila orang call saya, orang fikir saya lelaki *suara rock, suka cari pasal dengan orang , suka buat mama  marah, kuat makan & kuat tidur

8. Tahun depan mungkin saya jadi pengacara di rancangan oprah winfrey

9. Saya tidak reti kira rambut

10. Saya pandai texting laju laju

11. Kawan saya semuanya manusia

12. Saya ada dua mata, satu hidung, dua telinga, satu bibir

13.Saya seorang penganggur yang sangat berjaya

14. Adik saya ada dua tapi rasanya macam ada 12 adik -,-
15. Saya tidak pernah bosan texting bf saya, makan, kena kutuk

16. Bilakan kali pertama anda bercinta? darjah 7

17. Perkara yang selalu org tak percaya tentang anda. dorang tak percaya saya comel *dipersilakan muntah :)

18. Saya rindu minum susu mama saya

19. Saya tak sabar kena tarik telinga oleh mama sebab keputusan SPM saya sangat 'cemerlang'

20. Lima laman yang selalu anda layari. blog, facebook, twitter, youtube & google



p/s : tag all followers :)

20110319

sedangkan binatang sayang kan anaknya.

Tumblr_lhiiunjsgx1qc4js1o1_500_large

dunia serba canggih. di ciptakan kondom untuk kau tapis bilas segala nafsu yang di tagih. tapi nafsu
kau macam syaitan. lebih teruk dari syaitan. mahu jadi jahat sekali pun pakailah otak. kalau betul kau sayang dia kenapa kau buang dia selepas berbulan bulan? bukan senang untuk kau melahirkan seorang bayi. ada lagi manusia kempunan kan bayi. tapi kau anggap bayi bagai daging babi. kau salai bagai daging. putus kaki nya dari daging.



pernah kau fikir? dia ingin sekali tahu siapa mama nya. siapa papa nya. pernah kau fikir? siapa nama nya? dia pasti ingin tahu dan pasti bertanya. pernah kau fikir? jalan yang lebih baik dari membunuh nyawa. kenapa tidak kau letak dia di hadapan rumah kebajikan? kenapa tidak kau letak dia pada tempat yang boleh orang ramai selamatkan? kenapa mesti bunuh dia? andai kata bukan kemahuan kau sekali pun. andai kata kau di rogol. bukan salah dia. kau masih punya pilihan. kau masih manusia yang punya belas kasihan. kenapa mesti dia yang kau bakar? kenapa tidak kau yang membakar diri?


kau bakar seorang bayi, macam bakar seekor babi. kakinya putus terasing dari badan, rentung di jilat api.
daging merah berlumuran darah, darah siapa? daging merah yang kau salai macam menu babi merah, daging siapa?


kau yang berzina. dia yang kau jadi kan terhina. kau tewas pada dunia. dia yang jadi mangsa teraniaya. kewujudan nya bukan untuk di seksa. lahir nya dia, bukan dia pinta. terbentuk nya dia, bukan sebab kemahuan dia. dia tidak pernah memaksa kau untuk mewujudkan dia. tidak sekali dia memaksa kau untuk melahirkan dia.


tidak kah kau berasa kesian dengan bayi yang tidak tahu apa apa itu? dosa jangan ditambah dengan dosa. berani buat, berani tanggung lah baii.