SAYA BANGUN AWAL LAGI HARI INI. memang once in a blue moon saja boleh bangun seawal ini. tapi saya yakin mata saya akan kembali tertutup di petang hari. & sangat tidak mustahil saya akan tertidur dalam masa beberapa jam lagi or maybe dalam beberapa minit sahaja lagi. muscle di mata saya belum cukup kuat untuk membuka dua biji mata saya. kepala saya rasanya seperti baru habis bermain roller-coaster sepuluh round. sangat pening. tapi tidak apa, yang penting mama saya sudah nampak saya keluar awal dari kandang lembu *bilik saya*. sebab kebiasaannya dia akan melihat batang hidung saya pada tengah hari. so hari ini kurang sedikit alasan dia untuk marah saya. kesimpulannya, hari ini telinga saya selamat daripada bebelan.
No comments:
Post a Comment