Blog Archive

20120203

first post for twenty twelve

Tumblr_lwkdvgoeqt1r8ciiho1_500_large

sudah hampir setengah tahun aku tak update blog. entah berapa jenis penghuni sudah yang menetap dalam blog ni. bukan nya apa, semenjak habis sekolah menengah ilmu macam semakin bekurangan. ayat makin layu. bukan macam dulu, berbunga bunga. di tambah lagi dengan kesibukan menjadi budak kolej. 

2011. cukup banyak dugaan yang datang. namun, hati dan fikiran masih kekal kuat macam biskut tiger. semester 1 di kolej sudah pun tamat. keputusan pun sudah keluar. cukup membanggakan. pointer hampir hampir menyengat 4 flat.  harap harap semester dua boleh jadi 5 flat. alamak telebih sudah. 

Result Final Exam for Sem 1 ;

PHARMACEUTICS : 85 A

PHARMACEUTICAL CHEMISTRY : 76 A-

PHARMACOLOGY : 78 A-

BEHAVIORAL SCIENCE : 86 A

MATHEMATICS : 84 A

ENGLISH : 84 A

MALAYSIAN STUDIES : 93 A

CGPA : 3.9

will study more smarter & harder next semester, and so on. harap harap keputusan maintain or even better. 

p/s : a great start of 2012. Thanks God :)

20110828

at last!

Tumblr_lqn27n31xp1r2puwko1_1280_large

howdyyy! helloooo! haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

setelah berkurun abad lamanya aku memerah otak aku yang kuning lagi berkarat, akhirnya aku berjaya meng-update blog aku. sejak habis SPM, ilmu aku makin kurang dan kurang dan kurang sekurang kurangnya. atau ayat lebih sopan, makin stupid day by day. yang lebih sopan? makin tolol. HAHA. semua tu memang satu kebenaran & kenyataan.  tiada tokok tambah sedikit pun -,- *yang penting tambah comel. wink wink ;)

sebenarnya aku rindu *sangat sangat rindu sebenarnya untuk bercakap, menulis, mengarang, menyanyi  menangis, beguling & merangkak dalam blog aku yang tercinta ni. bukan nya apa, sekarang ni aku sudah bergelar sebagai 'budak kolej'. well well well, i'm kinda busy with all my assignments & tasks.  agak stress sebenarnya. kepala hotak nenek udang lah siapa cakap masuk kolej tu relaks. first day masuk kelas sudah kena bagi task yang agakkkk. . . haihhhh. susah mau cakap. sabar jak lahhh. okayyy, cukup lah pasal college life. kalau panjang umur, esok lusa i sambung cerita lagi xD

what's next? err. pasal L-O-V-E life? baru jak kahwin minggu lalu. ada dua anak lelaki, lapan perempuan. kuat kannnn? HAHA. aku dan dia okay okay saja. terlebih okay sebenarnya. buat masa ni belum ada lagi gaduh gaduh besar sampai bertumbuk, berhantam, bertikam. setakat bertikam lidah jak. slurppp! HAHA. agak kuning di situ. jadi kenapa lah kau? marah? sini lahhhh kau! HAHA *perasan John Cena lagi mau berhantam. 

i think that's all for now. kalau datang angin monsun rajin, baru update lagi. with love, diane <3



hai, kami suka tikam lidah HAHA



ohh ya, saya lupa bagitau yang saya makin COMELLLL :D




20110607

hidup aku? best!


Tumblr_llcarecwlk1qajjdco1_400_large

dalam blog ni, aku jarang update pasal hidup aku. i mean pasal love life aku. pasal family aku & pasal problem problem problem problem problem yang serang aku. *alaaa, macam jak ada orang mau tahu pasal kau. sebabnya? blog ni terlalu public macam tandas awam. orang boleh keluar masuk sesuka hati mak datuk dorang. tak apa lah kalau setakat keluar masuk jak. niiiiii mulut macam ahh malas mau cakap.

okay stopppp. memandangkan zaman sekarang ni banyak sangat yang kuat TER TER TER rasa & bluetooth connection dalam badan dia terlalu hyperaktif. nanti siap panggil geng mau bawa berhantam lagi. mama aku belum ajar cara untuk berkung fu lagi. tunggu lah ya.

beberapa hari ni aku selalu ditinggalkan bersendirian di rumah aku yang kecil tapi comel ini. yaa, ayat agak emo tapi memang kebenaran. mak aku dengan adik aku dua ekor tu pergi tawau sebab ada urusan. sumpah aku tak tahu kenapa mak aku tak bawa aku sekali. huaaaaaaaaaa :'( so di rumah tinggal aku dengan uncle aku. tapi uncle aku tu awal pagi in the morning lagi dia sudah jalan. kesimpulannya aku di rumah bersendirian sepanjang hari. mau suruh laki teman tapi dia sibuk cari duit untuk beli pampers anak. aku tipu okay. belum kahwin pun. err. boyfie aku sibuk dengan kelas dia. dari pagi sampai petang. so susah lah mau minta dia bawa aku jalan T.T

sudah tiga hari aku kena kasi tinggal di rumah. tapi baru hari ni aku buat kerja di rumah. *sebab mak aku baru call pagi tadi untuk cakap dia pulang hari ni -,- all-in-one lah pokoknya hari ni. sudah cuci kain, menyapu, cuci tandas ya makkk. jangan cakap rumah ni kotor lagi. berhantam kita ni. ahaha. *lupa kemas bilik aku damnnnn -,- 

cerita pasal love life aku? tak ada lah yang boom boom paw sangat. biasa biasa jak. i love you, you love me. sayang sayang, sayang sayang sayang? sayang saaaaayanggggg sayang. ahhh gitu jak lah. sometimes ada lah juga problem but i try to ignore all those. kalau layan. ermmm wa cakap lu. parah hati beb. ahaha. so biar jak lahhhhhh.

tu jak lah aku mau cerita buat masa ni. bosan kan cerita aku? lain kali baca lagi ya? pleashhhh... :P


20110605

sudah tahu cerita indonesia begini, tapi masih lagi tengok.


*watak heroin baik SANGAT mengalahkan ibu peri *pari-pari* 
actually bukan tahap baik sangat sudah. tapi baik yang melampau-lampau. kena siram air panas pun buat dek jak. kena tolak sedikit terus menangis lima tangki air mata. kena tarik rambut pun merelakan jak. perghhh. punya lah. cengeng betul. sumpah meluat.


nasib jak kau masih cantik walaupun kau menangis


*watak jahat dia macam tak wujud plak di dunia realiti ni. terlampau sangat yang teramat jahat.

watak jahat lebih kurang macam watak baik jugak. memang penyangak lah. tahap langit ke-sembilan kekurang ajaran dorang tu. haha. macam biasa lah.watak jahat menang dulu. kalah kemudian. tunggu semua orang dalam drama tu menderita atau mati. nanti ending cerita tu kalau bukan mati kena tembak. accident. kalau tak pun, kena penjara seumur hidup. what-eh-ver.


watak jahat sebelah kiri, watak baik sebelah kanan. haha.


*plot cerita yang hampir semua. err. macam sama jak pun. 

first sekali tu confirm cerita pasal cinta antara dua darjat. kalau heroin dia kaya raya sampai boleh beli satu buah negara, mesti heroin dia papa kedana. lepas tu konflik dalam percintaan and then muncul orang ketiga yang watak dia jahat mau mampus lepas tu tidak dilupai adegan tertukar anak segala tiba-tiba jumpa di tepi jalan. bla bla bla. and so on. okay memang begitu lah jalan cerita dorang tu. cuma perlu tukar pelakon jak. by the way, watak baik dalam drama tu tak pernah lupa sebut ayat ni, "Ya Tuhan, kenapa semua ini bisa terjadi kepada aku . . . . " sambil menangis nangis    -______-


'JELITA' ditayang di tv3 dulu. sampai adik aku dua orang tu berebut remote mau tengok cerita ni.


*tunggu bulan ada anak. perempuan tumbuh misai baru drama tu habis. 

ingatkan episod ke-54 cerita tu mau happy ending macam fairytale lah sudah ni. sekali tengok timbul lah plak hero & heroin number dua, tiga, empat sampai yang ke-sepuluh. semua pun mau jadi hero. & then di situ lah baru tahu yang si kaya tu sebenarnya anak pungut jak. lepas tu ada darah daging dengan si A & Z. sekali lagi , bla bla bla. meleret-leret sampai episod ke-148  -________-




honestly, aku ada lah juga layan cerita indon ni. tajuk dia 'Cinta Melody'. adik aku punya pasal lah. asal jak pukul 6.30 petang, mesti depan tv. so join jak lah. last2 ketagih -,- best lah juga. sebab heroin dia tak lah terlampau sangat cengeng macam si Kejora tu dulu. haha. pandai juga defend diri dia sikit sikit. search di youtube, sumpah ending dia tak bestttttt. heroin tak kahwin dengan hero. tapi dia kahwin dengan hero yang baru muncul dua, tiga episod lepas. what the bangang?! *emosinyaaaa -,-


20110525

driving ving ving ving vroom vroom vroom.

Z218982300_large

so hello guys. seperti kemarin, sebelum matahari terbit, aku sudah membuka dua biji mata aku untuk pergi litar memandu yang tercinta itu untuk menimbah ilmu sebelum aku mengikuti pertandingan drifting. lol. dalam lebih kurang dua hari bersamaan dengan empat jam belajar memandu, tutor sudah meletakkan kepercayaan kepada aku dengan menyuruh aku mengambil ujian QTI. first first tu takut lah juga. sebab sebelum ni aku tiada pengalaman memandu. tapi aku menyahut cabaran itu dengan penuh tabah & keyakinan dalam diri aku. *blerghhh -,-


aku diuji oleh seorang penguji yang memang sudah biasa menguji orang yang diuji. haha. berbelit enough huh? :D sumpah muka dia kencang macam satu minggu tak makan. eh up sikit lah. macam satu bulan tak makan. actually dia strict lah bukan garang. aku masih bernasib baik sebab dia tak ada juga dia marah marah. nasib dia diam diam juga even though muka dia lain semacam.


thank God sebab sepanjang aku diuji, sekali pun aku TIDAK mati enjin. easyyy bha. haha. first tu dia suruh aku dengan kawan aku tu pergi bukit untuk ujian mendaki bukit. antara semua, ni yang paling aku suka. paling rock! so i'm the first yang kena uji. tempoh masa yang dia bagi untuk bahagian mendaki bukit tu 3 minit. tapi dalam masa 28 saat, aku berjaya lulus di bahagian bukit! awesome! after that kami kena suruh pergi bahagian mema-king kereta. haha. i mean bahagian parking parking tu. tempoh masa yang dia bagi 5 minit. aku berjaya lulus dengan cemerlang dalam masa 2 minit dan 7 saat. fantastic! next, tiga penjuru. 3 minit untuk selesaikan bahagian ni. tiga penjuru ni part paling aku tak suka. masa latihan balik terlanggar divider jalan & garisan kuning. basah ketiak mengulang terus. nasib baik tadi lulus. so aku buat tiga penjuru tu dalam masa 51 saat dengan jayanya tanpa menyentuh garisan kuning. marvelous! haha.


okay. ujian dalam litar semua lulus. *tarik nafas lega sedikit. lepas tu kami di bawa keluar untuk pergi laluan. penguji tu memilih laluan A dengan jarak 6 kilometer. jalan di laluan A tu bengkang-bengkok & kawasan bukit. banyak lagi lori lori macam transformer limpas. so kira susah juga lah. markah lulus 16/20 & aku berjaya mendapat 17/20! kesimpulannya, aku LULUS dalam semua bahagian & layak untuk di uji oleh uncle JPJ. oh yeahhh! can't wait baby! :)





20110521

this is why i love my mum so much.

Tumblr_lf4azkx9pg1qciek8o1_500_large


me ; ma, aku demam.
mum ; goooooooood! baru kau tau. mau tau kah kenapa kau demam tu?
me ; kenapa?
mum ; sebab kau selalu jalan, tidur lambat, jalan, tidur lambat. kau tu ndak cukup tidur. kau tau kau tu bla bla bla bla~
me ; mana ada. menipu tu mama.
mum ; ohhh pandai lagi menjawab ya.
me ; yala2. sorryyyyyyy! -___________-
mum ; bagi sini broadband tu. 
me ; ahhh? -,-
mum ; naa pucat terus muka nya.
me ; mana ada -,-
mum ; ambil tu vicks. sini mama urut. makan ubat tu.
me ; ndak mau makan ubat. ndak sedap. urut jak lah. cepat bagus juak aku tu *saja cari alasan supaya ndak perlu makan ubat :)


mama marah, marah juga. tapi dalam diam kena sayang juga rupanya. *ada kah mama yang ndak sayang anaknya? -,- 

demam, please go away. please please please? :(


 p/s ; i love you to the infinity mum! :)



20110520

first time drifting. err, i mean driving. not bad! :)


225675_221392871211471_100000222782460_1060887_6359758_n_large

p/s  ; post kali ni agak panjang. tiada sebarang paksaan untuk membaca nya :)

hari ni aku bangun awal.*perlu kah bagitau? sebab mau jalan lah. first tu kami singgah di sekolah tercinta sebab kawan aku nurhuzraifah atikah binti abdul rahman yang bakal jadi usahawan minta teman untuk pergi minta cop paling mahal dari pengetua sekolah kerana esok dia akan ke Uitm untuk melanjutkan pelajarannya manakala azry chau chung san yang bakal menjadi doktor pula pergi ambil gaji dia. *skema nya -,- masa di sekolah terjumpa dengan cikgu2 yang sporting berabis & sangat fofular dengan tagline 'ce citer ce citer' iaitu cikgu siti kisni, cikgu madznah & cikgu dewi. sampai sekarang cikgu dewi menagih untuk belanja dia makan nasi ayam cp. don't worry cikgu. saya bukan omong kosong saja. rm2.80 jak pun nasi ayam cp. cikgu boleh order dua sekali. HAHA :D *gerenti cikgu tagih lagi ni kalau dia baca -,-


lepas jak dari sekolah terus kami pergi makan nasi lalap di warung jawa, alamesra dekat 1b. sumpah sedap sampai menjilat jari kaki. sampai mandi keringat satu baldi. sampai meleleh leleh air mata sebab lada dia cukup 'kaw kaw'. mantap gitu loh. grr. nampak macam aku syok sendiri cakap benda tu sedap. bagus kamu rasa sendiri lah kalau mau rasa aura sebenar nasi lalap tu. ngaummmm. ada gambar nasi lalap ni aku curi dari miss google. tapi rasanya tengok gambar belum cukup memadai. rasa sendiri baru mantaps.

 nasi lalap. *lapar :(

okay stop pasal makanan. ingat sikit perut mu tu ya diane. after isi perut pergi bank islam sebab dua kawan aku tu mau open accout untuk elaun dorang di U nanti. kalau dapat elaun tu transfer lah pergi akaun bank aku sikit. well, sharing is caring dude! don't cha eva forget that haha ;)

aku terpaksa tinggal kan dua kuli aku tu err i mean dua kawan aku tu di bank islam sebab masa tidak mengizinkan. pukul 3 tu aku perlu ke litar memandu untuk belajar drifting. eh i mean belajar memandu. so aku dengan boyfie aku bergerak ke litar tetapi malangnya saya lewat setengah jam. janji pukul 3 petang tapi sampai pukul 3.30 petang. *lewat sebab kami singgah di mcD sebab perut aku menangis minta beli ice-cream. & yeah, for the first time aku drive. tutor cakap "goooood girl, you are a fast learner. we can settle everything today" dia cakap aku ni macam sudah pernah drive kereta di jalan raya. *wattheeee? nampak lori limpas pun aku takut. but it's a good compliment anyway. thanks uncle tutor! haha. tambah semangat lah driving ni. haha. dalam dua jam tu aku sudah di ajar untuk tukar gear, naik bukit, parking, & keluar pergi jalan raya. punya lah bikin takut. sudah lah muka orang di jalan raya tu semua kencang macam sepuluh hari ndak makan sebab aku block jalan dorang. *so whatttt? aku ada lesen L ya., i'm with my tutor. they can't do anything! HAHA :D ohya, tadi terjumpa dengan fatin afiqah di litar & tutor said she was a fast learner too. congrats to you too girl :)


by the way, thanks to my hippo sebab teman aku pergi driving lesson tadi selama dua jam walaupun hanya setengah jam dia memberi tumpuan kepada aku dan satu setengah jam lagi tidur dalam kereta sambil b'aircond sebab terlampau bosan tengok aku bawa kereta mati enjin terus. i love you lah bebeh :)


tunggu aku dapat lesen P ya? HAHA :D



20110517

tiga puluh tiga bulan.



masa umur dia 12 tahun. aku tak pernah tahu dia ni wujud & satu sekolah rendah dengan aku. ya, aku sombong dulu. DULU ya.


13 tahun. sumpah dia gendut macam triple H. err. macam fei mao jugak. tengok pipi lah beb. 


15 tahun. kami baru couple dalam beberapa hari masa ambil gambar tu di rumah dia. & kami dikurniakan seorang anak lelaki. lol. tu adik bongsu dia lah. 


16 tahun. cinta beruk semakin menebal sebab kami satu kelas. ehem xD


17 tahun. penuh kontroversi sebab cinta jarak jauh. aku di ustriliya, dia di jipung.



& now 18 tahun. dua dua masih bernafas. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. zass. haha. most of all no more long distance relationship :D



bang, lama pulak sudah kita sama2 kan? ee. abang ni. yuckssss. bang? eew. kau fikir kau cantik kah cakap begitu? -,-

yala yala. rewind rewind. 

yaw bro, long time already we've been together gether kan. bro, tak sangka lah bro. ui bro, kalau umur panjang kita boleh sama sama juga tu kan bro. err, perut tu bro. reduce lah sikit. kalau boleh ketinggian tu kurang kan lah juga sikit. wa tenggelam lah bro. apa lagi ya bro. bro, be good lah bro. mata tu bro. jangan tengok perempuan sexy terus. belajar bagus bagus ya bro. nanti anak makan pasir kalau tiada kerja bro. haha! 



happy thirty-three monthsary. another 3 months to go & it's going to be our 3rd anniversary. good luck for both of us! mahal na mahal kita   :)


20110516

my new babyyyy.



dompet aku & dia. 


beg vintage konon.

hari tu aku pergi shopping dengan dia di 1 borneo. kali ni turn aku lagi untuk belanja dia. mana tahan dia terus yang belanja aku. err memang lama sudah aku mau beli wallet roxy. sampai terbawa dalam mimpi. haha. & then dia ni pun mau ikut2 aku beli wallet. alasan dia untuk minta beli wallet baru cukup munasabah. dia cakap wallet dia bauk asam sudah. buruk lah. apa lah. so aku belikan lah dia wallet quicksilver tu. & guess what? wallet dia lebih mahal daripada wallet aku -,- tapi tak apa lah. once in a blue moon jak pun aku belanja dia. 

then jalan2 pergi kedai lain ternampak satu beg tu. sumpah memikat hati. so beli jak lah. nanti susah lagi mau tidur malam. after that kami pergi makan di sushi king. dia cakap dia mengidam mau makan sushi. *macam balik2 juga dia mengidam -,- 

petang dia kami pergi tg aru makan durian. aku bayar rm62 untuk duah buah durian yang kecil. siapa suruh juga gatal betul mau makan durian time2 bukan musim durian. alasan aku, nanti accident sebab kempunan. 

now ; 
wallet mahal, tapi kering kontang. habis duit. -___________-

20110510

porm six? err, rejected.

Tumblr_lkzeb65mcd1qag9zdo1_500_large

  • keyakinan untuk sambung form 6 setipis bulu ketiak. 
  • STPM kononnya peperiksaan yang kedua tersusah di dunia. *sumpah takut gagal.
  • susah mau bangun awal pagi sebab sudah hampir lima bulan bangun pukul 12 tengah hari.
  • malas mau potong kuku setiap tiga hari.
  • malas mau jadi budak berpatriotik yang berdiri tegak di tapak perhimpunan pada setiap hari isnin & menyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat. *sakit hati sebab ndak terpilih untuk masuk IPTA.
  • pakai baju & kasut sekolah LAGI. oops lupa, stoking juga.
  • setiap minggu cuti dua hari jak. itupun kalau hari sabtu tiada ko-kum. kalau ada, satu hari jak lah cuti.
  • kurang dosa sebab mengutuk pengawas yang mau jadi sok harapan sekolah.
  • kurang bayar karan sebab tak perlu gosok baju sekolah.
  • err, sabun cuci kain pun jimat sebab ndak perlu cuci kasut setiap hujung minggu.
  • takut kena rotan cikgu sebab sure kerja rumah ndak akan siap.
  • setiap malam perlu tidur awal. secara automatik facebook jadi sarang semua moyang binatang yang berkaki empat. 
  • subjek sikit, tapi buku SANGAT tebal macam kening kerbau. *tebal kah kening kerbau? -,-
  • setiap kali keluar result exam terpaksa dengar mama menyanyi secara live tanpa membeli tiket.
  • selamat daripada kena siram air panas sebab setiap pagi malas bangun untuk pergi sekolah. 
  • malas pergi kedai dua ringgit beli ikat rambut warna hitam.

p/s ; kau fikir kalau kau masuk kolej nanti senang kah diane? yala. susah lah. semua lah susah. ndak payah lah sambung. tunggu kena pinang jak lah. kawin pun susah diane! grr. -________________-


tawaran sambung belajar.

Tumblr_ljstqny3xj1qcbjsfo1_400_large

hebatnya dorang yang dapat tawaran sambung belajar ke IPTA, Matrikulasi, SPA or even form 6. memang nasib lah dapat tawaran sambung belajar. jealous lah. anyway, congrats to all of them. aku? boleh buat mama aku kembang hidung juga lah. aku dapat tawaran sambung belajar juga. tapi pergi luar negara. boleh pilih mana mana negara yang aku suka termasuk fakishtan, jipun, kuria. ehem. hebat kan? err, tempoh pengajian 2 bulan setengah jak. gerenti dapat kerja. course nya, err malu ah mau cakap. sebenarnya aku ditawarkan jadi coach mancistir unitid. tapi aku tolak sebab nanti aku cepat kaya.

actually aku ndak dapat IPTA tu. takut kali dorang. sebab kalau aku masuk U, aku yang ajar pensyarah tu nanti. well well well. budak seteret 21A+ kan :D ada kawan aku cakap maybe sebab nama aku. nama aku ada Chong. so dorang fikir aku pure cina. ahh, mana mana lah ya najib razak. *kesian. nama si najib juga yang kena HAHA


aku dapat form 6 jak kesian. itupun jurusan kemanusiaan. i have no idea tumbuhan jenis apa tu. yang aku tahu bukunya semua tebal macam kamus. & aku tolak tawaran tu. sebabnya? nanti aku bagitau. kemungkinan besar aku akan masuk IPTS. tiga tahun pun tiga tahun lah. lantak lah sana. aku ambil diploma in bla bla bla. wish me luck! ;)


20110509

pecah rekod.

Tumblr_lkv9bpknku1qjr2j3o1_500_large

akhirnya aku berjaya tidak meng-online kan diri selama setahun. yeah. awesome! -,-  

sebenarnya beberapa minggu jak pun. tapi sumpah rasa macam setahun. aku ndak online pun sebab broadband yang dulu rosak. bukan sebab bertaubat okayyy. jangan salah faham ye.

actually best jugak ndak online. *konon lah semua movie dalam tv tu aku sudah tengok. sinetron indonesia, cina, tamil, nepal, semua sudah tengok. hari hari berebut remote dengan adik . setiap malam boleh tidur awal sebab tak perlu log in ke facebook, blogger & twitter. asal nightline tv3, terus tidur. *macam jak teda astro -,- err, apa lagi ya. oh ya, hari2 tengok bulletin utama. sempat lagi tengok muka osama bin laden tu. sedih juga lah dia sudah mati sebab kurang sudah konco berat.

tapi sekarang aku ada broadband sudah. mama sudah belikan broadband yang baru. kali dia kesian juga dengan aku. entah lah. dia cakap kasi rosak lah lagi broadband yang baru ni. lepas tu padan muka. mama ndak mau belikan lagi. perghhh. anyway, thanks mum! nanti sudah kerja aku belikan mama lima belas tingkat rumah banglo ya? :D


p/s ; kena rindu juga rupanya aku ni. sekarang hidung aku triple kembang macam begini 'OO'

20110425

rahsia untuk dapat straight 21A+.

Tumblr_lcl8tfe6yx1qz7lxdo1_500_large

Bahasa Melayu.
antara semua subjek, BM yang paling aku suka. BM ni juga lah aku paling terer. aisehh. bukan cakap kosong ye. buktinya, aku dapat A+ masa SPM. A+ ya tuan tuan dan puan puan. bukan senang mau dapat plus tu. mesti mau baca surat khabar, tengok buletin utama tv3 jam 1 tengah hari, jam 8 malam tu hari hari. tak boleh tinggal biar satu hari ya. semua isu semasa tu mesti di hafal. HAHA. gila wehh.tak lah juga sampai begitu. honestly, aku tak pernah pun tengok buletin utama tu. best lagi tengok hagemaru, doraemon. yang penting rajin baca contoh karangan dari internet or buku rujukan. lepas tu dalam karangan jangan lupa selitkan 'cerita mati'. i mean contoh contoh yang relevan. sure mantap karangan tu. contohnya, menurut Dr. Fadzilah Kamsah, kes pembuangan bayi disebabkan oleh takut kena marah mak. *kena saman lah ni cakap sembarangan. HAHA. 


English.
ni subjek kedua yang aku suka. konon lah. puikk. sebenarnya lah kan. aku ni bukan hebat sangat english ni. kalau setakat where is your name. what do you live. how time now. tu semua tau lah. kalau kena suruh buat karangan sumpah no idea. aku campur aduk macam nasi campur jak semua yang aku tahu. yang penting full satu setengah page tu. masa SPM tu dapat A sebab sebab sebab. ee malunya mau bagitau. erm, aku hafal satu karangan tu. lepas tu aku modify sikit. memang mantap lah. *oops, bocor sudah rahsia -,- jadi nasihat aku untuk juniors yang lemah dalam english tu, sila lah hafal karangan. tapi jangan lah juga apa yang kau hafal tu tulis bulat bulat dalam jawapan. nanti lari topik sedia lah baldi menangis satu baldi. 

Maths.
subjek yang paling di rindu antara semua. aku suka dengan nombor. aku lebih minat mengira daripada memerah otak cari isi isi penting. bukan apa. kalau SPM boleh guna kalkulator. senang kerja. haha. kalau maths ni plak mesti rajin buat banyak soalan. sebab pattern soalan dia kebanyakkan nya berulang juga setiap tahun. jadi senang lah untuk target soalan yang keluar masa SPM. ohya, masa SPM tu jangan lupa tukar bateri kalkulator. well, safety first. manalatau kalkulator tetiba kena rasuk.

Moral.
ramai orang cakap kalau ambil moral ni senang score. senang? hafal 36 nilai sekali dengan 36 definisi. setiap soalan tu kebanyakkan nya berkaitan dengan nilai, definisi. perlu buat dua karangan juga. terpaksa lagi perah otak. memang susah lah juga. nilai yang paling aku ingat sampai sekarang "Kepercayaan kepada Tuhan" definisinya, "keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala peraturan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras degan prinsip Rukun Negara" awesome nya sampai sekarang masih hafal. HAHA. itu baru satu. another 35 mau dihafal. 'senang' betul kan?

Sejarah.
salah satu subjek yang boleh dijadikan ubat tidur. honestly, asal buka buku sejarah, automatik mata layu. kalau mau senang masuk otak, bawa tidur buku sejarah tu. letak atas kepala. terus terhafal tu semua tarikh perang dunia. *bestnya kalau betul -,-

Chemistry.
honestly kimia ni mesti kuat basic.  i mean syllabus form 4 tu mesti kuasai berabis. mesti hafal semua nama atok, nenek, mak ngah, pak ngah bahan kimia. periodic table sangat lah penting. menyesal main main masa form 4. masa form 4 memang belum rasa betul. naik form 5 di situ lah baru teringat balik semua yang di cakap oleh cikgu kimia, cikgu yee sun sun. patut lah dia suruh salin beribu ribu kali. rupanya dia suruh salin tu bukan suka suka. *ingatkan kertas tu dia mau buat wallpaper untuk dinding rumahnya -,- ada kebaikan juga sebenarnya. siap mengomel lagi kalau sudah kena denda. tak sangka plak kimia lulus. dapat kredit lagi. senang hati juga. sebab at least dapat kredit. memang bukan senang mau dapat A. lain lah kalau kau cucu albert einstein.

Additional Maths.
hampir sama dengan Maths Moden. a little bit advanced. err, buat latihan banyak banyak lah juga. boleh dapat kredit juga tu ;) *yakinnya -,-

Biology.
hafal jak semua buku teks, buku rujukan yang ada di kedai buku tu. kan cg dewi? haha. cg dewi baru pesan tadi, "Buku tu cg bilang bakar, rendam, supnya diminum. Kalo ko buat bgtu sure A++"  menyesal ndak ikut nasihat cikgu masa SPM dulu. *sumpah aku paling lemah bio -,-




ini lah rahsia kejayaan straight 21A+ saya. selamat mencuba! :)

restoran dua puluh lima bintang.

 Tumblr_lk4ls6wpbn1qzfwf7o1_500_large

pelayan yang menyimpan lombong emas lapan tan dalam telinga.
aku paling benci bila pelayan yang kita panggil tu buat buat pekak. sudah lah dipanggil dengan panggilan yang sopan. panggil 'kak', 'aunty', bang' bukan panggil "hoy","woy". masih lagi ndak mau melayan. buat dek jak. mau cakap ada masalah pendengaran ndak juga. sebab kalau dipanggil "dik, kira ya. bagi bill" laju terus dia pergi meja kita. bestnya kalau siram air panas pelayan begini ni.

tandas wangi macam lori sampah.
masuk restoran mahal. sebelum order makanan tu mau buang air kecil. sekali masuk tandas nya. fuhh. jangan cakap lah. bersih lagi kandang lembu. macam baru kena tsunami tandasnya. tissue berhamburan di lantai tandas. lantai tandas sudah lah basah mengalahkan banjir, kotor lagi. mangkuk tandas nya macam tinggal tunggu hari lagi masuk kubur. hilang terus selera makan. air kencing pun termasuk balik sebab ndak sanggup dia buang di tandas yang 'bersih' begitu.

lain yang di minta, lain yang di bagi.
"kak, bagi milo kurang ais dengan nasi goreng kampung letak telur mata sapi" dengan harapan yang tinggi,  menunggu lah ni makanan siap. sekali tengok dia bagi air sejuk dengan mihun basah. okay. air sejuk masih boleh diterima. nasi goreng kampung dengan mihun basah sama ka bunyinya? perghh. sah sudah telinga tu setahun ndak pernah dikorek.

makanan di penjara lagi sedap.
bukan mau cakap apa lah. tapi makanan tu bukannya ndak di bayar pun. masak special lah sikit. nasi goreng biasa pun jadi nasi goreng pucat. bagus minta nasi putih kosong. macam lah kicap di Giant tu habis stok. orang minta sup kosong, bukan sup tawar. garam pun mau berkira. suruh dia kasi habis satu tangki sup tawar baru tau. mau untung lebih jak. 

pantat kuali lagi bersih.
piring, sudu, gelas semua berminyak. minta air sejuk tapi macam minta ABC. macam macam warna ada dalam air sejuk tu. habuk, benda benda hitam, benda terbang semua ada. macam mau bagi kucing minum. sudunya? bagus lagi guna tangan daripada guna sudu yang macam ndak pernah kena cuci tu. yaww, kau fikir masakan di restoran mu tu sedap betul kah sampai kebersihan tu ndak diutamakan? aku lapor sama bomba ni. biar dorang siram restoran mu tu supaya bersih.



20110424

tag daripada parha, sanila & sue kepada dayen :D



ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT? belum cukup.

UPLOAD GAMBAR/WALLPAPER/PC ANDA GUNA.


CERITA PASAL GAMBAR TU. lelaki itu guna baju putih manakala perempuan itu guna baju hitam.

BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN AYAM? ayam tu apa?

LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR. the lazy song by bruno mars.

APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI? tengah menggaru.... mau juga tau.

SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA PANGGIL APA? diane.

TAG LAGI LAPAN ORANG. huny shane lelen elly farhah shue. cukup enam.

SI ORANG PERTAMA ANDA? parija hani hamjah. musuh ketat.

KATAKAN SESUATU KEPADA ORANG KELIMA. cepat2 kahwin. nanti pakir kena rebut.

ORANG NUMBER TIGA ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA? ada. her papa bukh.

BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG NUMBER EMPAT? ada, lupa namanya siapa. yang penting aku tahu dorang sudah 3 bulan lebih sama2. eh betul kah el? -,-

PESANAN UNTUL ORANG KE ENAM. kenapa kau pandai betul? kau minum jamu apa?

KATA KATA CINTA BUAT ORANG KEDUA? none. takut julhilmi mawah.

ADA KAH ORANG KETUJUH DAN KELAPAN ADA PERSAMAAN? nil.

BERIKAN LIMA BENDA YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG PERTAMA. DiE kAtE siNgeWL bEsH TaPieW kEtArA sAnGaT DiEw LoNelY aLone. cUkeW JeLeS kAlAU sI C bUkAn nAmeW seBeNAr cOmMent aQuwhH leBey dArI dIE. kiTeOraNG mACaM 'u jUmP, i jUmp'.

PERSAMAAN LEMBU DAN KAMBING? pandai mengira 1, 2, 3.

PERASAAN KETIKA MENJAWAB TAG INI? biasa jak pun.

GAY OR LES? gay.

APA YANG ANDA INGINKAN YANG BELUM DAPAT? lesen memandu & blackberry.


20110422

masa senggang bersama keluarga.

SEX-ayy enuff huh? haha.

ignore the sexayy picture *diane, macam taik kau bercakap begitu. back to the topic. hari ni best gilerr sebab sebab sebab setelah beberapa bulan jadi suri rumah tangga, akhirnya mama bawa jalan2 pergi kundasang then pergi poring *kalau mau tahu poring tu spesies apa datang lah ke sabah :) pergi balik jak pun. first2 plan mau pergi simpang mengayau, kudat. simpang merayau kah simpang mengantuk kah or whatsoever name it is ndak kesah lah. yang penting aku tau tempat tu cantik. tapi tukar plan sebab tukar plan lah. ambil gambar sikit jak sebab malu mau tayang camera dslr versi murah. *semua guna slr. semut pun di gambar -,-


entrance.


err err no comment.


baru 100 meter berjalan sudah penat. tengok lah juga perut.


taman kupu-kupu. eh i mean kebun kupu-kupu .


the air terjun.


with my mama. p/s ; saya lagi comel.


kangkang enuf? 


mama.


masuk hutan guna kasut tinggi. best!


bunga raplisia. bunga terbesar di di di di malaysia? asia? entah la.


besar sangat! -,-




20110421

siapa cakap single bosan? SAYA!


Re ; Hunny Hamzah

Store Feelings
  • sebelum & selepas bangun tiada orang wish good morning & good night.
  • kalau sedih, tiada tempat untuk cakap "honey, i need a hug. i need you now. pleash don't leave me alone" *alolololo.
  • kalau birthday tiada surprise. macam biasa, duduk di rumah. potong kek, cium pipi mama. BORING. haha.
  • kalau jari kena hiris pisau tiada tempat untuk mengadu, "abang, jari sayang terhiris pisau. cepat bawa sayang pergi ICU sekarang"
  • kalau kena marah mama tiada tempat untuk melepaskan sebak di dada. contohnya, "abang, sayang kena marah sebab cuci pantat kuali ndak bersih tadi. cepat bawa sayang lari dari rumah ni!" *macam taik
  • blog sangat lame sebab no love stories. asyik2 cerita pasal diri sendiri. sekali lagi, BORING.
  • jealous sebab 80% status kawan2 dalam FB in a relationship with anjang bin julong (bagi perems) atau soto binti sorento.(bagi lakis)
  • kalau ada orang mau bawa berhantam terus call boyfriend sebab tau diri tu ndak kuat. haha
  • handphone boleh derma pergi rumah anak yatim sebab satu minggu satu dua kali jak berbunyi. itupun sebab mami call suruh masak nasi, kasi bersih rumah. *kan hunny? 
  • kena cop playgirl/ playboy sebab sibuk b'wall to wall dengan bf/gf orang lain. padahal tanya pasal homework jak.
  • kalau habis kredit boleh minta RQ dengan boipren.
  • keluar dengan kawan2 terpaksa save2 bajet sebab teda bf support. terpaksa makan nasi bambong rm1.50. kalau mau tengok wayang mesti hari rabu jak sebab movie day. rm5 untuk semua movie.
  • dalam panggung terpaksa duduk row yang paling depan sekali sebab kalau duduk row area belakang gerenti sakit mata, sakit hati.
  • kalau lapar tiada orang yang tapaukan kenny rogers atau secret recipe.
  • kalau susah mau tidur malam, tiada orang mau bawa b'calling, texting, b'3g or webcam-ing.
  • semua kawan sibuk cerita pasal gf/bf masing-masing. hanya mampu jadi pendengar ataupun orang tengah. *sedihnya.
  • walaupun tiada couple, mami masih tetap berkeras cakap kau ada couple. sampai handphone kena tarik sebab di syak ada bf/gf.
  • love survey ndak boleh buat sebab memang tiada bf/gf. 
  • orang lain bosan buka FB account. sebab check pictures, semua muka syok sendiri xD
  • mata ndak sihat sebab ndak pernah keluarkan air mata. air mata tu sebenarnya dapat membersihkan mata daripada kuman2 ataupun bakteria. *fakta dari nenek moyang.
  • kalau ada orang berpegang tangan di bandar terpaksa buat2 buta sebab takut air mata jatuh ke pipi yang gebu dengan sendirinya. HAHA
  • kalau tengok movie pasal cinta cintun terpaksa ingat crush jak. malangnya, it is only just a dream. *ooops =X
  • kalau bergaduh dengan kawan2 perempuan, terpaksa meluah dengan datuk fadzilah kamsah sebab bf tiada untuk memberi motivasi. 


kesimpulannya, memang bosan lah kalau single :D

survey about your boyfriend.


my boyfie? right side :D

1. What’s his name? Nelson Gerald Chow.
2. How long have you been dating? 32 months & 3 days.
3. Can you tell him anything? yes he can.
4. What’s his favorite color?  same as mine. yellow.
5. When is his birthday? February 27, 1993.
6. How old is he when you first met him? 10 years old.
7. How much do you see each other? not so often. he's busy with his college life.
8. On a scale of 1-10, How much do you like him? 10 out of 10.
9. Do you love him? i really do.
10. What’s his full name, first/middle/last. Nelson Gerald Chow.
11. Have you ever been to the movies with him? yup.
12. What movie did you see? usually love stories.
13. Name a memory you shared with him? valentine's day 2 years ago.
14. Have you met his parents? yes.
15. Has he met your parents? always.
16. How many siblings does he have? six.
17. Have you kissed him in the rain? i don't think so.
18. Can he make you in the best mood EVER? yes he can.
19. What’s his moms name? Therese Maria Frank.
20. Is he funny? kinda.
21. Name his favorite quote? err, not sure.
22. What is his favorite thing to do? check my phone's phone book, inbox, pictures & etc -,-
23. Does he have any pets? nope.
24. What does he want to name his kids? Dixon (baby boy)
25. Someone hits you, What does he do? maybe he will kill them. lol.
26. Do you hold hands often? yes.
27. Does he cuss? errr.
28. Does he have a job? nope.
29. Do you hug him alot? yes :)
30. Do you think he loves you like you do? i think so.



tag ; rara, lelen, shane, carma, farhah, elly, fai, yaya, joven, lion :)

to hunneh hamzah ; buat survey ni kalau sudah in a relationship with somebody ya? 'xD'

20110418

'best friend' for 32 months.


you are the worst person that i ever had in my life. 

thanks for always making me sad.

thanks for leaving me behind whenever i need you the most.

thanks for ignoring me when i am sick.

from the bottom of my heart, i really really hate you! =(
















ACTUALLY, I LIED. 
















THE TRUTH IS,
















you are the BEST person that i ever had in my life. 

thanks for always making me HAPPY.

thanks for ACCOMPANYING me whenever i need you the most.

thanks for TAKING CARE of me when i am sick.

from the bottom of my heart, i really really LOVE you! =)





♥ HAPPY 32nd MONTHSARY, UNCLE CHOW'S SON 


20110416

keputusan semak semula result spm untuk subjek biologi.


tadi pagi aku dapat satu sampul. sampul besar yang berwarna coklat. actually itu sampul yang aku hantar dulu masa hantar borang untuk semak semula resut SPM aku. sumpah aku nervous gila.





i'm wondering if there was any change for my capital letter D biology -,-









eh kenapa tetiba cakap english ni? hebat betul kah?










masih berfikir dua kali untuk buka sampul tu.











i'm so nervous!












mesti lah nervous mau tahu result biologi. rugi bayar rm50 kalau tiada perubahan.












bila aku buka sampul tu, aku nampak kertas warna putih.












tutup mata sambil pegang kertas putih tu *masih nervous..












mau tahu kah markah biologi aku dapat apa?












alaaaaaaaaaa, tak payah lah. malu ahhhh.












erm, macam mana mau cakap ya.












okay okay. aku bagitau lah.












eee malunya.












actually,












dalam sampul tu bukan result aku.












tapi,











cuma sekeping kertas resit rasmi -,-














p/s ; lembaga peperiksaan, thanks sebab buat jantung aku berdegup dengan kencang ya -,-