Blog Archive

20110425

rahsia untuk dapat straight 21A+.

Tumblr_lcl8tfe6yx1qz7lxdo1_500_large

Bahasa Melayu.
antara semua subjek, BM yang paling aku suka. BM ni juga lah aku paling terer. aisehh. bukan cakap kosong ye. buktinya, aku dapat A+ masa SPM. A+ ya tuan tuan dan puan puan. bukan senang mau dapat plus tu. mesti mau baca surat khabar, tengok buletin utama tv3 jam 1 tengah hari, jam 8 malam tu hari hari. tak boleh tinggal biar satu hari ya. semua isu semasa tu mesti di hafal. HAHA. gila wehh.tak lah juga sampai begitu. honestly, aku tak pernah pun tengok buletin utama tu. best lagi tengok hagemaru, doraemon. yang penting rajin baca contoh karangan dari internet or buku rujukan. lepas tu dalam karangan jangan lupa selitkan 'cerita mati'. i mean contoh contoh yang relevan. sure mantap karangan tu. contohnya, menurut Dr. Fadzilah Kamsah, kes pembuangan bayi disebabkan oleh takut kena marah mak. *kena saman lah ni cakap sembarangan. HAHA. 


English.
ni subjek kedua yang aku suka. konon lah. puikk. sebenarnya lah kan. aku ni bukan hebat sangat english ni. kalau setakat where is your name. what do you live. how time now. tu semua tau lah. kalau kena suruh buat karangan sumpah no idea. aku campur aduk macam nasi campur jak semua yang aku tahu. yang penting full satu setengah page tu. masa SPM tu dapat A sebab sebab sebab. ee malunya mau bagitau. erm, aku hafal satu karangan tu. lepas tu aku modify sikit. memang mantap lah. *oops, bocor sudah rahsia -,- jadi nasihat aku untuk juniors yang lemah dalam english tu, sila lah hafal karangan. tapi jangan lah juga apa yang kau hafal tu tulis bulat bulat dalam jawapan. nanti lari topik sedia lah baldi menangis satu baldi. 

Maths.
subjek yang paling di rindu antara semua. aku suka dengan nombor. aku lebih minat mengira daripada memerah otak cari isi isi penting. bukan apa. kalau SPM boleh guna kalkulator. senang kerja. haha. kalau maths ni plak mesti rajin buat banyak soalan. sebab pattern soalan dia kebanyakkan nya berulang juga setiap tahun. jadi senang lah untuk target soalan yang keluar masa SPM. ohya, masa SPM tu jangan lupa tukar bateri kalkulator. well, safety first. manalatau kalkulator tetiba kena rasuk.

Moral.
ramai orang cakap kalau ambil moral ni senang score. senang? hafal 36 nilai sekali dengan 36 definisi. setiap soalan tu kebanyakkan nya berkaitan dengan nilai, definisi. perlu buat dua karangan juga. terpaksa lagi perah otak. memang susah lah juga. nilai yang paling aku ingat sampai sekarang "Kepercayaan kepada Tuhan" definisinya, "keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala peraturan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras degan prinsip Rukun Negara" awesome nya sampai sekarang masih hafal. HAHA. itu baru satu. another 35 mau dihafal. 'senang' betul kan?

Sejarah.
salah satu subjek yang boleh dijadikan ubat tidur. honestly, asal buka buku sejarah, automatik mata layu. kalau mau senang masuk otak, bawa tidur buku sejarah tu. letak atas kepala. terus terhafal tu semua tarikh perang dunia. *bestnya kalau betul -,-

Chemistry.
honestly kimia ni mesti kuat basic.  i mean syllabus form 4 tu mesti kuasai berabis. mesti hafal semua nama atok, nenek, mak ngah, pak ngah bahan kimia. periodic table sangat lah penting. menyesal main main masa form 4. masa form 4 memang belum rasa betul. naik form 5 di situ lah baru teringat balik semua yang di cakap oleh cikgu kimia, cikgu yee sun sun. patut lah dia suruh salin beribu ribu kali. rupanya dia suruh salin tu bukan suka suka. *ingatkan kertas tu dia mau buat wallpaper untuk dinding rumahnya -,- ada kebaikan juga sebenarnya. siap mengomel lagi kalau sudah kena denda. tak sangka plak kimia lulus. dapat kredit lagi. senang hati juga. sebab at least dapat kredit. memang bukan senang mau dapat A. lain lah kalau kau cucu albert einstein.

Additional Maths.
hampir sama dengan Maths Moden. a little bit advanced. err, buat latihan banyak banyak lah juga. boleh dapat kredit juga tu ;) *yakinnya -,-

Biology.
hafal jak semua buku teks, buku rujukan yang ada di kedai buku tu. kan cg dewi? haha. cg dewi baru pesan tadi, "Buku tu cg bilang bakar, rendam, supnya diminum. Kalo ko buat bgtu sure A++"  menyesal ndak ikut nasihat cikgu masa SPM dulu. *sumpah aku paling lemah bio -,-




ini lah rahsia kejayaan straight 21A+ saya. selamat mencuba! :)

4 comments:

  1. haha . such an awesome tips . xnak share ke result spm dpt brape ? hehe

    ReplyDelete
  2. Eh cikgu yee sun sun? Mcm kenal je HHAHAHAHAHAH

    ReplyDelete
  3. The best online casino in New York! | Cambien's Hoppie
    ‎In the heart of New 온라인 카지노 York is Paddy Power, the largest and most exciting online casino in the world. We offer over 400 casino games,

    ReplyDelete
  4. Graton Casino Hotel Las Vegas, NV Reviews - Mapyro
    Graton 전주 출장마사지 Casino Hotel Las 제주 출장마사지 Vegas in Las 바카라 사이트 casinopan Vegas NV. 안양 출장안마 Casino Address, 1 Fremont Street, Las Vegas, NV 안동 출장마사지 89109. Directions, 3131 US.

    ReplyDelete