Blog Archive

20110219

status di FB(home) buat saya ketawa even though niat sebenar dia bukan untuk buat lawak.



sumpah saya ketawa terbahak-bahak ketika membaca status ini.

pendahuluan ;

syukur alhamdulilah, kami sudah pergi sejauh ini. Selama kami bergelar pasangan bercinta , memang banyak halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi. namun kami tetap utuh bersama. aku berharap agar kami akan kekal sebegini hingga ke hujung hayat. Amin.

best kan pendahuluan dia? macam terasa dibuai-buai. rasanya macam 10 tahun sudah dorang bersama. jiwang karat lah beb. wa cair lah.

okay, mari kita baca penutup dia,

Happy ONE WEEK anniversary sayang. aku cinta kau selamanya. 

-,-

& di sini saya ingin membuat pengakuan bahawa saya tidak menukar satu bijik ayat pun. saya berani sumpah. cuma saya translate bahasa yang dia gunakan. sebab dia taip macam ni,

"Hepiwx one week anniversaryx shayankx, aquwhx cintax kaux sewlamanyaw"

saya tak tahu dia guna bahasa apa, so saya translate pergi bahasa melayu. nama dirahsiakan untuk menjaga privacy. & saya sudah click "unfriend" sebab memang dari dulu dia suka buat status yang sangat merepek.

i'm gonna miss all her "jokes" :')



No comments:

Post a Comment