Blog Archive

20110315

aku bukan jahat, tapi meluat & tekanan tahap langit ke-sembilan sudah.

Tumblr_li2w1rautj1qax7k1o1_500_large

well, semua orang tahu sekarang facebook ni memang lembab macam nenek gajah bunting. sudah lah line mintak kena tampar laju-laju, orang-orang dalam facebook pun minta kena siram air panas. so, sorry kepada strangers yang telah di-remove or ter-remove. sorry sangat sangat ye awak. kamu terlampau HOT untuk menjadi kawan aku dalam facebook. aku tak layak jadi kawan kamu. cari lah kawan yang sewaktu dengan kamu ye ;)


calon yang pertama ; 


terlalu aktif meng-update status.
setiap saat muka dia jak yang muncul di homepage. kalau facebook ada muulut, lama sudah facebook tu muntah dekat muka dia. contohnya, Sebelum mandi, dia akan tulis "Bersiap untuk mandi. tak sabarnya, Hehe" Then, masa mandi pun sempat update status lagi. " Tengah mandi. Sejuknya air ni. Kan best kalau dapat mandi kat air terjun. Hehe" Lepas jak mandi, diupdate lagi statusnya. "Leganya dapat mandi. wangi pula rasa diri ini". Aduhhhhh. Sedih pulak aku tengok. macam tiada kerja yang lain dia perlu buat selain update statusnya -,-


calon yang kedua ; 


Terlalu fanatik dan taksub dengan akaun sendiri.
Kategori ni lebih kurang sama dengan istilah SS iaitu syok sendiri. Masa dia online, dia tak hiraukan orang lain. Yang dibuat, hanyalah jawab 10 kuiz sehari, main mafia war, farmville dan ninja saga beserta game-game yang lain. Bila bukak page dorang, yang ada cuma senarai applications or kuiz yang dorang main. Tak pernah mengupdate status mahupun mengoment status orang. Orang camni, memang aku sudah reject awal-awal. Sebab hidup dia hanya untuk game. Bukan berkawan. 



calon yang ketiga ; 


Berlagak seperti artis.
Ahaaa. Yang ni baru boleh dikatakan syok sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. tapi betul betul berlagak macam dia tu pemenang american idol. dia lah juga pemenang so you think you can dance. dia juga lah pemenang amazing race. apa lagi? konon konon dia lah yang sapu semuanya. siap buat fan page segala. & minta kena like lagi. zzzz. so, 'unfriend' button just for you.



calon yang keempat ; 


Mempunyai sifat-sifat mintak penyepak.
Setiap bait perkataan dari mulut dia, hanyalah carutan dan karutan semata-mata. mulut dia hanya tahu cerita keburukan kawan dia. siap tag nama kawan dia & then maki-maki. but then, no one support him/her. pity for them. remove-remove.



calon kelima ; 


Suka diberi tapi benci memberi.
Yang ni aku klasifikasikan sebagai temberang, sombong. dia suka bila ada orang menglike or mengoment status dia. tapi dia langsung tak menglike or mengoment pun status orang lain sebab dia takut kedudukan dia tergugat. dia tak mau orang lain dapat 'like' yang banyak. memang ada jugak orang macam ni. & aku sudah kenal pasti siapa dia. once again, 'unfriend' button just for you.



calon keenam ; 


sudah berpunya tapi masih gatal. 
asal jak on chat, di situ lah juga dia muncul. "hai sayaaaaaaaaaang, boleh kenal" , "eh eh, sombong nya", "number fon ada tak?". bila buka page dia, first thing, status dia is "in a relationship with mangkuk bin tandas". kira okay lagi tu kalau "in a relationship". lebih teruk bila status "married" & then default picture gambar dengan bini & anak dia sekali. ish ish ish. duit pun tak cukup mau beli pampers anak, mau bergatal lagi dengan orang lain. entah macam mana kau wujud dalam friend list aku -,-




p/s  ; kalau terasa, apa boleh buat. siapa juga yang suruh kau baca? haihhhhh. kan sakit hati sendiri. wellllllll, siapa makan cili, dia lah terasa manisnya ;)

No comments:

Post a Comment