Blog Archive

20110318

long distance relationship.


Tumblr_li7jiw53kp1qzkgnoo1_500_large

'long distance relationship' memang menyiksakan jiwa & raga. SANGAT menyiksakan. perlu pengorbanan yang cukup besar. kedua-dua pihak perlu ada kepercayaan antara satu sama lain. kalau hati tak cukup kebal, jangan lah cuba cuba meng-involvekan diri dalam hubungan jarak jauh ni ye. sumpah boleh gali kubur sendiri kalau tak berjaya melepaskan diri dari 'duri duri' yang ada pada long distance relationship ni *bagi pasangan yang serius, bukan setakat cakap 'pen merah pen biru, you marah i kick you' 

bayangkan lah kamu sudah sama sama selama beberapa tahun. 24/7 melekat. masuk tandas pun mau minta teman. atas alasan takut ada orang sekodeng. tangan gatal pun mau minta garu. atas alasan kalau garu sendiri, tak rasa nikmatnya. sampai semua orang pun mau muntah tengok kamu sama sama terus. tapi dorang tak peduli sebab dia kata, "biarlah orang lain muntah tengok kita sama sama terus kan yaaaang? yang penting kita masuk tandas sama sama" -,-  lepas tu tiba tiba terpaksa berjauhan. bukan berjauhan dengan jarak 50 cm, tapi lebih daripada 500 km jauhnya. memang cukup sedih sebab terpaksa berjauhan. macam pepatah orang jiwang karat, "satu hari tak berjumpa, bagai satu tahun" kalau satu tahun tak berjumpa,  bagai berapa abad pulak? lu kira lah sendiri ya.

bila berjauhan, mesti fikiran saitan mula merasuk minda. "macam mana lah tu ya? mesti si yayang curang tu" , "eeee, jealousnya tengok dorang pegang tangan", "cam dorang, hari hari boleh jumpa" & macam macam lagi. itu dari sudut negatif.

sebenarnya 'long distance relationship' boleh jadi indah, seindah taman bunga ros kalau dilihat dari sudut yang positif.  antaranya ;

kurang risiko terbentuknya zygote.
p/s, pastikan open minded bila baca ni okay? tiada kena mengena dengan mana mana pihak. okayy mari sambung. kebelakangan ni, selalu jak ada kes buang baby. kenapa dorang ada baby? jawab lah sendiri. budak yang berumur 5 tahun zaman sekarang pun tahu macam mana boleh terbentuknya baby. jadi jangan pura pura tak tahu ye. bagi flying kick baru tahu. bila berdua-duaan, macam macam benda boleh berlaku. bukan kah lebih baik kalau berjauhan?

dapat mengasah bakat yang sudah lama terpendam.
bila sudah berjauhan, di situ lah ayat ayat yang jiwang karat besi emas kuprum mula keluar dari bibir. contohnya,


wahai sayangku,
sudah sebulan kita tidak berjumpa,
diri ini terasa sangat jauh dari mu,
namun hati tetap kekal bersamu di sana.
aku cukup merinduimu sayang.
& cintaku padamu ibarat luasnya laut india barat
bla bla bla. . .

stooooooooooooooop! cukup sampai di sana. bulu dari atas , tengah sampai bawah berdiri tegak macam masa menyanyi lagu Negaraku. tapi cuba lihat dari sudut yang lain. boleh pergi jauh bukan? boleh mengalahkan A. Samad Said.

masa tidak terbuang begitu sahaja
bila berdekatan, kalau boleh hari hari mau jumpa. jadi banyak lah masa terbuang. kalau berjauhan mau buat macam mana? mau be-3g pun susah. mahal. *ada hati lagi mau be-3g, handphone pun ada torchlight jak. jadi terpaksa lah jadi anak dara yang solehah.  tolong mamak bunuh cicak di rumah supaya tak buang tahi sembarangan lagi, ajar adik macam mana mau meniru time exam supaya boleh lulus & banyak lagi lah. kan masa itu emas. 

tiap hari sayang
kalau berjauhan ni mesti ibu jari hingga nenek jari tak lari dari key pad handphone. up to date lah orang cakap. setiap satu minit mesti mau tanya, "buat apa tu yaang?" "tengok tv ni yaang" *padahal tengah pegang tangan perempuan lain* "oh okayy sayang, i love you". "yesss, i miss you more sayang". see, tambah sayang kan bila berjauhan? :D

jadi jangan kata 'long distance relationship' tu buruk, tak best lah. sebenarnya banyak juga kebaikan. takut curang? wey wey, orang yang bercinta jarak dekat pun boleh curang. even laki bini pun boleh cerai sebab laki dia pasang perempuan lain. so, good luck kepada semua pasangan yang bercinta tak kira "Long Distance or Short Distance relationship" =)




No comments:

Post a Comment