Blog Archive

20110323

saya cukup berbangga dengan keputusan saya :')



pagi tadi sumpah aku nervous gila khinzir. bermacam macam soalan yang bermain di otak aku. aku sanggup tak breakfast. aku cakap dengan tummy aku, 'sabar ya sayang, habis ambil result baru kasi kenyang kau'. tummy aku pun merajuk sebab aku biar dia kosong *okay aku merepek 

sampai jak di sekolah, aku nampak banyak sudah manusia di sekolah berkumpul untuk menunggu keputusan keluar. sumpah jantung aku 'dub dab dub dab'  dengan laju masa tu. tak tipu punye. fuhh. first time aku rasa begitu sebab time pmr aku cakap, 'gagal pun aku tak kisah' -,- kali ni memang betul betul lain daripada yang lain. entah lah mau cakap apa. ambil keputusan tadi macam mau pergi beli pin di BSN. mesti turn by turn. terpaksa lah berbaris  -,- 

then, it's my turn. cara cikgu tengok macam lain lain jak. tambah nervous! first dia bagi surat lepas, segala jenis sijil sijil *sumpah masa tu aku langsung tak peduli dengan sijil. peduli lah sana. bhee, macam sengaja lagi di kasi lambat lambat. tambah tekanan lagi -,- 

at last dia bagi aku slip keputusan aku. cikgu aku lipat slip keputusan tu sebab tak mau bagi orang lain nampak result. dia cuma cakap, 'tahniah, BM dapat A+ *sebab cikgu tu ajar aku BM & keputusan cemerlang' terus dia senyum macam ni ---> :D & aku masih lagi blur blur masa tu -,-

walaupun tak berjaya masuk bulletin utama tv3 malam ni *uiseh uiseh perasan -,- tapi aku masih berbangga. hidung aku masih lagi boleh kembang. & yang paling penting mama aku happy tengok result aku. thank God i managed to make my mum happy :')

ehem ehem. mic test 1, 2, 3 testing. dengan ini aku mengumumkan bahawa aku mendapat,












1 A+, 3 A, 2 B, 2 C, 1 D


BAHASA MELAYU - A+
BAHASA INGGERIS-  A
PENDIDIKAN MORAL -  A
SEJARAH -  B
MATHEMATICS - A
ADDITIONAL MATHEMATICS - C
CHEMISTRY- C
BIOLOGY-  D
ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY - B









i ade bukti, i tak tipu ye.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 buat muka comel dengan baju kelas lepas ambil result :D


p/s : saya tahu keputusan saya tidak mantap. tapi tapi tapi masih bangga sebab saya tidak ambil kelas tuisyen okay. hahahaha :D

thanks to all my teachers! thanks for the congrats wish :)

No comments:

Post a Comment