Blog Archive

20110319

sedangkan binatang sayang kan anaknya.

Tumblr_lhiiunjsgx1qc4js1o1_500_large

dunia serba canggih. di ciptakan kondom untuk kau tapis bilas segala nafsu yang di tagih. tapi nafsu
kau macam syaitan. lebih teruk dari syaitan. mahu jadi jahat sekali pun pakailah otak. kalau betul kau sayang dia kenapa kau buang dia selepas berbulan bulan? bukan senang untuk kau melahirkan seorang bayi. ada lagi manusia kempunan kan bayi. tapi kau anggap bayi bagai daging babi. kau salai bagai daging. putus kaki nya dari daging.



pernah kau fikir? dia ingin sekali tahu siapa mama nya. siapa papa nya. pernah kau fikir? siapa nama nya? dia pasti ingin tahu dan pasti bertanya. pernah kau fikir? jalan yang lebih baik dari membunuh nyawa. kenapa tidak kau letak dia di hadapan rumah kebajikan? kenapa tidak kau letak dia pada tempat yang boleh orang ramai selamatkan? kenapa mesti bunuh dia? andai kata bukan kemahuan kau sekali pun. andai kata kau di rogol. bukan salah dia. kau masih punya pilihan. kau masih manusia yang punya belas kasihan. kenapa mesti dia yang kau bakar? kenapa tidak kau yang membakar diri?


kau bakar seorang bayi, macam bakar seekor babi. kakinya putus terasing dari badan, rentung di jilat api.
daging merah berlumuran darah, darah siapa? daging merah yang kau salai macam menu babi merah, daging siapa?


kau yang berzina. dia yang kau jadi kan terhina. kau tewas pada dunia. dia yang jadi mangsa teraniaya. kewujudan nya bukan untuk di seksa. lahir nya dia, bukan dia pinta. terbentuk nya dia, bukan sebab kemahuan dia. dia tidak pernah memaksa kau untuk mewujudkan dia. tidak sekali dia memaksa kau untuk melahirkan dia.


tidak kah kau berasa kesian dengan bayi yang tidak tahu apa apa itu? dosa jangan ditambah dengan dosa. berani buat, berani tanggung lah baii. 





No comments:

Post a Comment