Blog Archive

20101227

aku benci.

aku minta maaf banyak banyak sebab sejujurnya aku benci sangat sangat sangat sangat dengan kau. tidak terkata betapa dalamnya aku benci dengan kau. aku tak tahu macam mana mau padam perasaan benci aku terhadap kau. sebelum tu, aku mau minta maaf sebab berpura pura baik di depan kau.

aku selalu saja sebut nama kau depan dia. aku pun sendiri tak faham kenapa aku begini. bila aku sudah mula terfikir balik  pasal perkara yang  lalu, aku akan naik marah dan mula mengeluarkan kata kata yang tak masuk akal dengan dia. aku selalu bandingkan diriku dengan kau. kadang kadang aku rasa kau jauh lebih baik daripada aku. kau buat kedudukan aku tergugat.

aku selalu tertanya tanya kenapa dulu dia tinggalkan aku demi kau. bukan sekali, tapi dua kali. soalan tu selalu saja timbul bila aku tengah bersendirian, bila tiada benda yang dibuat dan bila aku berasa bosan. aku benci dengan diriku sebab aku selalu saja teringat pasal kau. aku berharap sangat kau tak pernah wujud dalam hidup aku.

bila aku tanya kau soalan pasal dia, semua benda pun kau salahkan dia. kau kata dia yang mahu kau. dia yang kejar kejar kau. dia yang mulakan semua. dia yang selalu message kau. sebenarnya aku tak juga salahkan kau sepenuhnya dalam hal ne.

tapi kau kena ingat, dia adalah kaum adam. bukan mahu rendahkan kaum adam. tetapi semua ne adalah realiti bukan cerita dongeng macam filem dalam tv tu. bila seorang lelaki itu berjauhan dengan pasangan nya, sudah tentu dia akan mula berasa sunyi. dia akan mencari tempat untuk mereka bermanja. tempat untuk melepaskan rindu mereka. bila sudah begitu, semestinya dia akan bertindak curang tanpa befikir panjang.

aku tahu dia sudah buat kau jatuh cinta dengan dia. aku tahu apa yang dia sudah buat tu menyakitkan hati mu. aku bukan cakap apa , tapi sedar diri lah sikit. sikit saja. tak perlu lah banyak. aku tak suka bila kau bercakap tu seolah olah aku yang merampas dia dari kau. fug.

mungkin apa yang sudah berlaku tu satu balasan untuk aku. sebab aku bukan lah perfect. dulu aku sendiri sudah banyak kali sakitkan hati lelaki lain. aku anggap semua ne adalah karma untuk aku. sekarang aku sudah rasa sendiri dan sudah cukup faham macam mana pedihnya hati ne ditinggalkan oleh orang yang kita cinta. macam mahu bunuh diri. tiada harapan lagi untuk hidup.

aku ne tak lah juga jahat sangat sampai mahu menyumpah kau. aku harap selepas ne kau tak kacau lagi hubungan orang lain apalagi hubungan kami dua. aku harap kau akan jumpa lelaki yang terbaik untuk kau. aku hanya perlu masa untuk lupakan hal ne dan memaafkan kesalahan yang kau sudah buat. aku janji aku akan buat semua tu sebab kita sama sama kaum hawa. aku tak suka bermusuhan apalagi disebabkan oleh hanya seorang lelaki. sangat lah bodoh. kita sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

so, sebelum betindak untuk melakukan sesuatu benda tu, fikir masak masak sama ada benda tu wajar dilakukan atau tidak. okay, girl? bye.

*sorry kalau post kali ne panjang macam buat karangan bm STPM. terlampau lama disimpan dalam hati. tu lah pasal.

No comments:

Post a Comment