jangan bagi aku apa apa harapan lagi. dulu aku menaruh harapan yang tinggi dengan kau. lebih tinggi dari gunung. semua janji yang keluar dari mulut kau aku percaya seratus peratus. tapi itu dulu. sekarang semuanya sudah berubah. ini bukan kehendak aku. tapi kau yang buat aku berubah jadi begini. aku bukan yang macam dulu lagi. aku bukan perempuan yang lemah lagi. angin ribut macam mana sekali pun aku tidak akan tumbang. aku masih boleh kukuh berdiri. percaya atau tidak, aku kuat disebabkan kau. kau yang mengajar aku erti kekuatan. kau juga yang berjaya menjatuhkan aku. kau dikira pemenang dalam hidup aku.
tapi dengan kepercayaan yang masih ada, aku bagi kau satu peluang yang terakhir. aku tak mahu jadi ego. aku tahu hati aku masih memerlukan kau. aku tahu aku sayang kau lebih daripada aku sayang diri aku sendiri.
aku minta tolong. aku merayu dengan kau. jangan ambil remeh dengan peluang yang aku sudah bagi. aku tahu kau cuba sedaya upaya untuk buat aku percaya dengan kau balik. but sometimes it does'nt work. sorry. aku cuma berharap kau tidak akan berputus asa untuk mengejar aku. jujur aku cakap, aku semakin lemah semangat. selagi kita masih berjauhan, selagi itu lah aku akan kekal begini. sorry once again.
No comments:
Post a Comment