Blog Archive

20110128

penyesalan yang amat besar sekali.


honestly aku tak suka kehidupan begini. sangat bosan. tiada arah tuju. waktu pagi buat peta banyak banyak atas bantal. waktu malam kira rambut sampai gila. pfft. dulu aku selalu beranggapan bahawa hari terakhir di sekolah menengah merupakan titik permulaan untuk bergembira. boleh enjoy. boleh keluar malam dengan kawan suka suka. ternyata anggapan aku selama ni salah. aku salah tafsir semuanya. 

jujur aku cakap. aku pelajar yang degil. setiap pagi sebelum pergi sekolah aku akan berfikir seratus kali untuk bangun dari katil atau tidak. kerja rumah bukan menjadi keutamaan selama aku bergelar budak sekolah. peraturan sekolah menjadi musuh ketat. aku benci cikgu yang asal masuk kelas bagi kerja rumah banyak banyak macam kerja rumah untuk satu bulan. itu dulu. sekarang semuanya sudah berubah. sekarang cikgu yang paling garang masih segar dalam ingatan.

aku masih ingat masa dulu dulu. masa masih berhingus. otak belum pandai beza antara buruk dan yang baik. bergaduh menjadi hobi kami. tak la juga sampai guna samurai, setakat tarik rambut jak. biasa lah kalau perempuan. mulut menjadi senjata utama. asal masuk bilik guru, muka sudah kena cap budak nakal. hampir semua cikgu benci. tapi masa tu make up di muka masih cukup tebal untuk pergi ke sekolah. nakal macam mana sekali pun pelajaran masih top lah wey. belum pernah juga masuk kelas yang belakang belakang. *bangga sekejap* 

sumpah aku menyesal sebab tak hargai masa masa di sekolah dulu. aku tahu kehidupan dan suasana di kolej jauh berbeza dengan sebelum ni. aku tak boleh buat apa apa. semuanya tinggal kenangan yang sukar untuk dipadamkan dari ingatan. aku rindu dengan cikgu yang garang garang. aku rindu dengan buku yang tebal tebal. kalau diberi peluang untuk bersekolah even for a day, dengan hati yang terbuka aku akan terima. tapi hakikatnya aku sudah besar. bulu sudah panjang. memang kena reject kalau mohon pergi sekolah balik.  

No comments:

Post a Comment