Blog Archive

20110213

sila baca. sangat rugi jika tidak baca. terima kasih.



1. BANGUN PAGI SEBELUM AYAM MULA BERKOKOK.

if possible, bangun seminit awal sebelum dia keluar daripada pintu biliknya. kalau boleh apabila dia sudah membuka matanya, penyapu sudah berada di tangan. bila penyapu sudah berada di tangan, sila lah menyapu. sure dia akan memulakan harinya dengan senyuman.

2. BILA KELUAR JALAN DENGAN KAWAN, SILA PULANG SEBELUM MATAHARI TERBENAM.

sebenarnya tips ni lebih ditujukan kepada anak perempuan. sebab anak lelaki tak pulang rumah pun tak apa. anak lelaki tak disayang macam anak perempuan *saja mau kasi senang hati*. sebelum handphone berbunyi, sedar sedar lah diri. sila pulang dengan segera. if perkataan "mama" sudah terpampang di hadapan skrin handphone, sure bergeletar satu badan. & bersedia lah untuk memekakkan telinga sebelum sampai ke pintu rumah.

3. BERTAPUK DI BAWAH SELIMUT & GUNAKAN BANTAL UNTUK MENUTUP LAMPU DARIPADA SKRIN HANDPHONE.

handphone merupakan benda haram pada larut malam. jika kedapatan sedang ber-texting ataupun bergayut di telefon, tidak mustahil handphone tersebut akan dirampas. konklusinya, sila peka jika beliau datang untuk 'menjenguk' anda di dalam bilik. sorokkan handphone dengan serta-merta & berlagak seolah-olah anda sedang tidur dengan lenanya. saya pasti handphone & telinga anda akan selamat.

4. JANGAN LUPA PERLAHANKAN SOUND LAPTOP. APALAGI KALAU BER-ONLINE SEHINGGA SUBUH

jika anda tidak mahu laptop & broadband anda dirampas, sila lah ikuti cara ini. ohya, sila jangan lupa kunci pintu bilik anda juga. hal ini adalah bertujuan sebagai langkah-langkah keselamatan. telinga anda akan selamat sekali lagi =)


Sebenarnya tips di atas ini adalah bertujuan untuk mengelakkan telinga anda daripada serangan bebelan bertubi-tubi oleh mama tersayang. tiada sebarang paksaan untuk mengikuti tips-tips ini. terima kasih sebab meluangkan masa anda untuk membaca tips ini. 

honestly, saya baru sahaja kena marah oleh ibu tersayang. & sebenarnya saya sangat  sangat ber-emosi semasa menaip benda ini. & berada dalam keadaan yang marah sebab dimarah. okay, tidak perlu faham. anyway, thanks sekali lagi. =)

No comments:

Post a Comment