Blog Archive

20110315

seven things that i used to do during exam.


156559_1336066981198_1816804305_614768_262551_n_large

selalunya habis menjawab paper exam sejam lebih awal. kan genius. so ini lah aktiviti wajib yang aku buat bila siap menjawab.

TIDUR.
benda paling nikmat dalam dunia. lepas jawab biasanya aku akan sambung tidur sebab malam sebelum exam tu aku kurang tidur. well, biasa lah kalau budak genius. belajar online setiap malam. manatau masa tidur tu ada malaikat muncul bagi semua jawapan.

MAKAN.
tapau sebanyak makanan yang boleh ditampung oleh poket baju. kebiasaannya makan NIPS & MENTOS.

CHECK BALIK JAWAPAN.
bukan untuk semua paper. tapi sesetengah paper. sebab benda paling fakkap bila jawapan yang kita tukar itu adalah jawapan yang betul.

JELING DENGAN KAWAN SEBELAH.
kawan sampai berkeringat jawab soalan. sampai sanggup kencing seluar. tak henti-henti jawab soalan. entah-entah dia tengah tulis lirik lagu.

KIRA MARKAH.
add up semua markah yang CONFIRM betul. *konon. kalau masih kurang markah, isi tempat kosong mengikut teori sendiri.

BUAT KERJA AMAL. 
tolong cikgu untuk kira masa. lagi cepat masa bergerak, lagi cepat keluar dari dewan peperiksaan. tapi malangnya, makin dikira, makin lambat jam bergerak. so biasanya sambung tidur lagi.

BELAJAR MENGIRA.
ambil kalkulator, kira berapa subjek/paper lagi yang perlu diambil.

No comments:

Post a Comment