Blog Archive

20110326

saya alien sebab itu lah saya tiada cita cita.


Tumblr_lil4y14z3o1qcwn4vo1_500_large

aku masih ingat masa zaman budak hingusan dulu. cikgu ada suruh isi satu borang. dalam borang tu kena suruh isi semua maklumat peribadi murid. termasuk cita cita. ada tiga tempat kosong yang perlu di isi. setiap tahun, dari darjah satu hingga darjah enam aku akan tulis benda yang sama.


  • guru
  • doktor
  • polis

sebenarnya aku tulis semua ni pun sebab jeling kawan sebelah. mau ikut apa cita cita dorang. aku rasa macam best so aku pun tulis jak la. kawan sebelah pun ikut dengan kawan dia yang di sebelah & so on. last last satu kelas pun mau jadi guru, doktor & polis. sehati sejiwa la katakan. cikgu pun senang mau key-in maklumat dalam komputer. kerja dia tinggal copy paste. 

bila dah masuk sekolah menengah, aku sudah mula berfikir pasal benda ni. maklum lah, masa tu semua jenis bulu pun sudah mula melebat macam hutan tebal. jumpa lelaki pun pandai malu malu sudah. pergi sekolah pun cermin, sikat rambut & bedak sentiasa ada dalam beg sekolah. biasa lah budak perempuan. aku mula fikir layak kah aku jadi cikgu? sedangkan adik aku sendiri pun aku pun aku tak boleh ajar. layak kah aku jadi doktor? sedangkan nampak darah setompok pun terus jadi sawan. layak kah aku jadi polis? aku bukan atlit 100 meter mau main kejar kejar dengan perompak. aku tahu aku yang akan mati dulu & macam macam lagi yang bermain di kepala hotak aku ni. 

sampai satu point aku give up dengan diri aku sendiri. bila orang tanya, 'lepas habis SPM kau mau jadi apa?' aku akan angkat bahu & gelengkan kepala aku. sebab aku sendiri tak tahu aku mau jadi apa sebenarnya in the future. 

& sekarang, aku sudah habis SPM. result SPM sudah ada di tangan aku *masih belum boleh terima kenyataan tapi malangnya aku belum dapat jawapan untuk soalan yang sudah lama bermain di fikiran aku. CITA-CITA aku. percaya atau tidak, sometimes aku tidak bercadang untuk melanjutkan pelajaran aku lagi.

apa apa pun, aku masih bersyukur sebab masih ada parents aku, cikgu cikgu , & senior senior yang bagi dorongan & nasihat untuk aku teruskan study aku. aku janji aku akan berusaha menanam balik semangat untuk aku sambung belajar even aku tak tahu apa yang aku mahu jadi sebenarnya. buat masa ni aku memohon course berpandukan keputusan aku. bila aku berjaya diterima, aku akan cuba sedaya upaya untuk minat dengan course tu. aku harap jalan yang aku pilih nanti tidak menjadi satu penyesalan & tidak menghampakan semua orang yang aku sayang especially keluarga aku. *aceceh, penuh azam jo bercakap. haha!





kepada semua budak lepasan SPM batch 2010, aku harap kita semua berjaya di masa hadapan. good luck guys! :)

1 comment: