Blog Archive

20110404

5 most annoying people in cinema.



Tumblr_liqlevtcej1qe4nyno1_500_large

si suka ketawa.


aku sangat 'suka' bila ada orang yang duduk sebelah aku ketawa non-stop. aksi curang, tampar-menampar, ada orang mati dalam movie tu pun dia akan ketawa terbahak bahak sama macam keldai dalam filem shrek the movie. sejibik sangat. macam mau sumbat satu genggam pop corn masuk ke dalam mulut dia. tak salah kalau nak gelak, tapi gelak lah bila patut bai. 


si kekasih loving poreber.


indah betul bila bercinta. sampai di babak hantu datang kejar perempuan seksi, si teman lelaki memeluk si kekasih lebih erat. macam hantu tu depan dorang. si teman wanita merungut. si gagah perkasa melayan. ni bukan wayang kamu lah. tak payah nak berwayang. kalau nak berkasih sayang sangat, ambil lah couple seat hujung di belakang sana. aku pun tak peduli apa kamu mau buat. jangan bising. annoying gila merengek rengek, bermanja manja. orang lain pun ada bai. pergi panggung tengok wayang. bukan buat wayang ye.


si dia seorang ada handphone.


ni lagi satu. dunia sudah maju. semua ada handphone bai. baby yang baru belajar merangkak pun sudah ada handphone bersangkut di leher dorang. iphone lagi ya. jadi tak perlulah kau cakap di telefon 24 jam. kau nak bergayut, keluar lah. kau ingat kau seorang jak ka ada handphone? kalau dalam panggung tu, silent la handphone. kalau dengar ringtone yang kuat sangat, sila baling popcorn. gerenti diam. kalau dia cari pun, duduk diam diam. tunduk sikit. bukan dia boleh jumpa pun. 


si kuat makan.


okay, memang menjadi kegemaran makan makan makan sambil menonton. tapi tapi tapi, ingat la sikit. kau tu dalam panggung. ramai orang. makan tu beradab la sikit. bila mengunyah tu, dengar pulak apa yang dia kunyah. macam dia mau bagitau satu dunia dia tengah makan popcorn. dia jak yang mampu beli popcorn ya -,-


si pundi kencing.


salah satu wayang free dalam panggung. ni bukan tengok movie, tapi tengok kepala bergerak gerak. sangat best bila movie tu sudah sampai pada tahap klimaks & then tiba tiba orang sebelah berdiri sebab dia nak ke toilet. dan kesimpuannya kita terpaksa bagi orang tu limpas sebab takut dia terkencing dalam seluar.





No comments:

Post a Comment