Blog Archive

20110510

porm six? err, rejected.

Tumblr_lkzeb65mcd1qag9zdo1_500_large

  • keyakinan untuk sambung form 6 setipis bulu ketiak. 
  • STPM kononnya peperiksaan yang kedua tersusah di dunia. *sumpah takut gagal.
  • susah mau bangun awal pagi sebab sudah hampir lima bulan bangun pukul 12 tengah hari.
  • malas mau potong kuku setiap tiga hari.
  • malas mau jadi budak berpatriotik yang berdiri tegak di tapak perhimpunan pada setiap hari isnin & menyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat. *sakit hati sebab ndak terpilih untuk masuk IPTA.
  • pakai baju & kasut sekolah LAGI. oops lupa, stoking juga.
  • setiap minggu cuti dua hari jak. itupun kalau hari sabtu tiada ko-kum. kalau ada, satu hari jak lah cuti.
  • kurang dosa sebab mengutuk pengawas yang mau jadi sok harapan sekolah.
  • kurang bayar karan sebab tak perlu gosok baju sekolah.
  • err, sabun cuci kain pun jimat sebab ndak perlu cuci kasut setiap hujung minggu.
  • takut kena rotan cikgu sebab sure kerja rumah ndak akan siap.
  • setiap malam perlu tidur awal. secara automatik facebook jadi sarang semua moyang binatang yang berkaki empat. 
  • subjek sikit, tapi buku SANGAT tebal macam kening kerbau. *tebal kah kening kerbau? -,-
  • setiap kali keluar result exam terpaksa dengar mama menyanyi secara live tanpa membeli tiket.
  • selamat daripada kena siram air panas sebab setiap pagi malas bangun untuk pergi sekolah. 
  • malas pergi kedai dua ringgit beli ikat rambut warna hitam.

p/s ; kau fikir kalau kau masuk kolej nanti senang kah diane? yala. susah lah. semua lah susah. ndak payah lah sambung. tunggu kena pinang jak lah. kawin pun susah diane! grr. -________________-


2 comments:

  1. sy sukung suma tu dona..tp ada lgi ko lupa
    ~xmau tdo dlm kelas lgi gara2 blajar sejarah~ tp sblum tu..kerbau ada kening ka?? hahahaha...

    ReplyDelete
  2. haha. jaga la kau. cikgu ct kisni baca ni comment. kena tolak la markah sejarah mu ni. haha. klu pasal kening tu sy kurang pasti. hantam jak cakap :P

    ReplyDelete